Pencemaran bau diesel: Tiga loji air di Selangor berisiko henti tugas

June 10, 2022 · Isu semasa

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memaklumkan terdapat insiden pencemaran bau seakan diesel sehingga tiga ton dikesan di Stesen Pemantau Sungai Seksyen 3, Bangi, pada 11.15 pagi semalam yang berisiko menyebabkan tiga loji rawatan air (LRA) dihentikan operasi.

Susulan itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian dalam kenyataan berkata Ops Sumber Air Negeri Selangor yang dikendalikan oleh LUAS bersama agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Air Negara (SPAN) dan Air Selangor telah mengaktifkan siasatan ke beberapa lokasi bagi mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

“LUAS sudah mengaktifkan Kod Kuning berdasarkan Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air bagi siasatan secara menyeluruh ke kawasan terbabit di hulu muka sauk yang berisiko menyebabkan henti tugas LRA Semenyih 2, LRA Bukit Tampoi dan LRA Labohan Dagang.

“Anggaran jarak lokasi pencemaran ke tiga muka sauk LRA Semenyih 2 adalah 6.63 kilometer (km); LRA Bukit Tampoi (18 km) dan LRA Labohan Dagang (31.9 km),” katanya.

Beliau berkata LUAS telah menjalankan siasatan di beberapa lokasi di Sungai Balak dan ujian pensampelan bau mencatatkan bau sehingga dua ton, manakala di Sungai Sekamat dan di kawasan hulu Sungai Hulu, tiada sebarang penemuan berkaitan pencemaran bau dikesan.

Katanya sehingga 5 petang semalam, tiada lagi kesan bau seakan minyak di sekitar Sungai Balak.

“Dalam pada itu, LUAS juga menjalankan pemantauan statik dan pensampelan di sekitar Jambatan Kampung Teras Jernang dan pensampelan ujian bau dijalankan setiap 30 minit,” katanya.

Hee berkata bacaan yang diperoleh adalah sekitar dua ton dan sehingga 9 malam tadi tiada sebarang pencemaran dikesan di kawasan muka sauk LRA.

Beliau berkata LUAS dan Air Selangor masih lagi menjalankan siasatan terhadap punca pencemaran bau itu dan kekerapan pensampelan bau LUAS di Sungai Langat juga dipertingkatkan daripada satu jam kepada 30 minit bagi memantau rapi status semasa air sungai.

Selain itu katanya, LUAS akan mempergiatkan operasi pemantauan 24 jam di lembangan sungai utama untuk memastikan insiden pencemaran tidak menjejaskan operasi LRA dan bekalan air kepada pengguna. – Bernama

Berita berkaitan
Noh beri penjelasan pemecatan pengikut Najib, salah lantik
June 26, 2022· Politik
Pengikut setia Najib dipecat sebagai Ketua Penerangan BN Selangor
June 8, 2022· Politik
Selepas PAS sertai PN, formula pengagihan kerusi tak lagi terpakai
June 8, 2022· Politik
145 ketulan ganja ditinggal dalam kereta di pasar raya di Bangsar
June 7, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
June 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
1 jam lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
2 jam lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
3 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
3 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok