Pencarum faham langkah kerajaan tak benarkan keluar KWSP: MB Selangor

June 5, 2023 · Isu semasa

Langkah kerajaan tidak membenarkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah difahami pencarum, dakwa Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata isu pengeluaran wang KWSP itu sudah tidak dibangkitkan lagi sekarang selepas diberikan penerangan secara jelas oleh badan berkanun tersebut sebelum ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan pemerhatian dan laporan yang diterimanya, orang ramai kini sedar simpanan KWSP tidak lagi dibenarkan untuk pengeluaran khas.

“Kaunter KWSP paling ramai yang datang bertanyakan tentang pengeluaran simpanan. Ramai yang tanya kenapa tidak boleh dikeluarkan dan sebagainya. Saya dapat lihat banyak yang puas hati dengan penjelasan daripada pihak KWSP,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Amirudin terdahulu menghadiri Karnival Jom Heboh Generasi Muda, malam tadi.

Terdahulu, beberapa siri gerakan dilakukan pelbagai pihak termasuk individu, organisasi bukan kerajaan (NGO) dan parti politik bagi mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran seterusnya tabungan KWSP bagi menampung peningkatan kos sara hidup.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan pengeluaran simpanan hari persaraan itu sekali lagi walaupun keputusan yang dibuat itu bukan sesuatu yang popular.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Naib Presiden PKR memaklumkan, beliau bersedia menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 bermula 7 Jun ini apabila menerima jemputan rasmi daripada parti itu.

“Insya-Allah jika dijemput saya akan datang ke perhimpunan tersebut. Namun kena tengok juga kesesuaian masa untuk saya hadir,” ujarnya.

Berita berkaitan
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Gangguan terhadap peserta himpunan aman langgar Perlembagaan: HAKAM
September 19, 2023· Politik
Bekas ahli politik PKR dikaitkan dengan kes dera pembantu rumah
September 5, 2023· Isu semasa
Popular
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
September 23, 2023
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh tiga warga Sri Lanka: Polis buru dua suspek
23 jam lalu · Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
23 jam lalu · Isu semasa
Polis Perak rampas dadah RM1.5 juta, lima orang ditangkap
September 22, 2023 · Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023 · Isu semasa
Banjir Perak: Jumlah mangsa dipindah meningkat pagi ini
September 22, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
19 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok