Pencarian MH370: Malaysia perlu bincang dengan China, Australia

February 22, 2022 · Isu semasa

Malaysia perlu berbincang terlebih dahulu dengan China dan Australia berhubung dakwaan petunjuk baharu lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Malaysia tidak boleh bertindak secara unilateral dalam usaha pencarian pesawat itu walaupun terdapat dakwaan petunjuk baharu berdasarkan dokumen kajian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), lapor Bernama.

Menurutnya Malaysia sebaliknya perlu berbincang dengan kerajaan China dan Australia seperti perjanjian dan persefahaman yang dibuat tiga negara itu dalam misi pencarian pesawat berkenaan.

“Kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak… kita perlu mengesahkan penemuan itu daripada badan yang kompeten. Bukti yang boleh dipercayai mesti ditemui.

“Seperti mana yang kita gunakan, sekiranya terdapat bukti yang boleh dipercayai, bukti kukuh, maka kita tidak keberatan untuk teruskan (misi pencarian).

“Ini adalah persefahaman tiga negara. Tidak boleh ditentukan secara unilatreral oleh Malaysia. Terdapat perjanjian tiga pihak. Tiga negara telah bekerja keras (misi pencarian), apa-apa misi kita perlu berbincang antara tiga negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia (MMW) 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan sebelum ini, menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan ATSB mengenai dokumen dikeluarkan jurutera aeronautik Britain, Richard Godfrey yang mendakwa terdapat petunjuk baharu dalam mengenal pasti lokasi MH370 yang hilang. Berita berkaitan

ATSB sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya telah meminta pihak ketiga untuk menyemak data yang diperoleh daripada carian untuk mengesahkan semula bahawa tiada item yang menarik dikesan dalam carian sebelumnya berdasarkan dokumen Godfrey, ‘MH370 Flight Path’.

Menurut ATSB lagi, penemuan semakan itu dijangka dikeluarkan dalam beberapa minggu lagi dan menyatakan bahawa sebarang keputusan untuk menjalankan pencarian lanjut pesawat MH370 akan menjadi urusan kerajaan Malaysia dan ATSB tidak mengetahui sebarang permintaan untuk menyokong pencarian baharu untuk pesawat yang hilang itu.

Penerbangan MH370 menjadi salah satu misteri penerbangan terbesar dunia apabila pesawat Boeing 777-200 itu hilang tanpa jejak dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Malaysia, China dan Australia membatalkan pencarian bawah air selama dua tahun, bernilai AS$200 juta di selatan Lautan Hindi pada Januari 2017 selepas tidak menemui sebarang kesan pesawat itu.

Pencarian selama tiga bulan kedua yang diketuai oleh firma AS Ocean Infinity berakhir pada Mei tahun berikutnya.

Lokasi yang dinyatakan oleh Godfrey tidak berada dalam kawasan carian asal yang ditakrifkan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia pada tahun 2015, tetapi ia termasuk dalam kawasan carian seluas 120,000 km persegi pada tahun 2016. Pencarian Ocean Infinity terlepas lokasi sejauh 28km sahaja.

Berita berkaitan
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Harimau Malaya berjaya ikat China 1-1
September 9, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Bursa ditutup rendah hari kedua berturut-turut
July 18, 2023· Isu semasa
Popular
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Dia juga membantu orang miskin, kata PMX semasa pertemuan dengan Syed Mokhtar
June 2, 2023
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
4 jam lalu · Isu semasa
Penyusutan nilai sektor komoditi punca perdagangan negara susut: Liew
4 jam lalu · Isu semasa
Seorang lelaki warga Indonesia ditahan dengan nilai dadah RM1.9 juta dirampas
6 jam lalu · Isu semasa
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
6 jam lalu · Isu semasa
Ramalan kaji cuaca ramal ribut petir dan angin kencang di utara semenanjung
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok