Penasihat SPRM pandang serius isu tarik balik kes bekas pengarah Felda

September 8, 2021 · Isu semasa

Lembaga Penasihat Pencegah Rasuah (LPPR) berpendapat Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat pendakwaan terhadap mana-mana pihak bagi mengelak kes ditarik balik.

Pada masa sama LPPR menggesa prinsip semak dan imbang yang diamalkan sekarang hendaklah dilaksanakan dengan bijak, telus dan bertanggungjawa bagi menjaga integriti SPRM, kata Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Mengulas tindakan menarik balik kes terhadap bekas Ahli Lembaga Pengarah Felda, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid,  beliau berkata tujuh anggota lembaga penasihat telah mengadakan perbincangan dan sebulat suara memandang serius terhadap isu seperti itu.

“Saya selaku Pengerusi LPPR bersama enam lagi ahli-ahli lain telah mengadakan perbincangan dan sebulat suara menyatakan pendirian LPPR yang memandang serius berhubung isu penarikan balik kes-kes melibatkan individu tertentu semasa perbicaraan sedang berlangsung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

LPPR adalah satu daripada lima badan pemantau bebas SPRM yang diwujudkan mengikut Seksyen 13 Akta SPRM 2009, dan ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Dalam hal ini, LPPR tidak bertolak ansur demi menjaga imej, kredibiliti dan integriti SPRM,” katanya.

Mengenai kes Noor Ehsanuddin, Abu Zahar berkata LPPR telah mendapatkan pandangan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM.

“LPPR mengambil maklum bahawa penarikan balik kes berkenaan adalah berasaskan fakta baharu daripada siasatan lanjut setelah tertuduh mengemukakan representasi dan pernyataan pembelaannya di bawah Seksyen 62 Akta SPRM 2009 ketika perbicaraan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, LPPR berpendapat terdapat elemen-elemen kekurangan dalam siasatan serta keputusan pendakwaan pada awal Februari 2019 oleh Peguam Negara serta pengurusan dan pentadbiran SPRM ketika itu dibuat tanpa pertimbangan yang menyeluruh.

“Oleh kerana sesuatu kes diambil tindakan ketika itu tidak telus serta tidak profesional dan lebih menjurus kepada kepentingan politik telah menyebabkan pengurusan SPRM yang ada sekarang terpaksa menanggung implikasinya,” katanya.

Menurutnya LPPR tidak mahu SPRM dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan berharap kesilapan serta kelemahan yang berlaku sebelum ini tidak akan berulang.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Saksi beritahu Jho Low sering jemput ke pangsapuri peribadi
15 jam lalu· Isu semasa
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
16 jam lalu· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
18 jam lalu· Isu semasa
Mana suara DAP, kini sokong cara UMNO kempen beri habuan? soal Tuan Ibrahim
22 jam lalu· Politik
Popular
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
December 8, 2022
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
December 8, 2022
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,616 kes baharu, empat kematian
2 jam lalu · Isu semasa
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
15 jam lalu · Isu semasa
Bos Mydin jawab idea import telur dicadang Mat Sabu tak masuk akal
15 jam lalu · Isu semasa
Satu lagi nama kementerian ditukar oleh kerajaan campuran baharu
18 jam lalu · Isu semasa
Pengamal kesihatan bimbang ubat PrEP kepada pasangan gay diperluaskan KKM
18 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
December 7, 2022
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok