Penafian berita palsu dakwa 3 MP pembangkang lompat sertai PN

Agenda Daily menafikan menyiarkan mahu pun menerbitkan sebuah artikel bertajuk ‘Siapa 3 Ahli Parlimen Pakatan Harapan lompat sokong Perikatan Nasional’ yang tular dalam media sosial yang didakwa ditulis penulis Zulkiflee Bakar.

Artikel tersebut tidak pernah dimuatnaik dalam portal Agenda Daily seperti didakwa.

Malah, Zulkiflee tidak ada kena mengena dengan sidang redaksi portal Agenda Daily seperti didakwa dalam artikel yang tular tersebut dan individu bernama Zulkiflee Bakar juga sudah membuat penjelasan berhubung laporan berita palsu tersebut.

“Saya Zulkiflee Bakar tidak pernah menulis artikel bertajuk ‘Siapa 3 Ahli Parlimen Pakatan Harapan Lompat Sokong Perikatan Nasional? yang pautannya ke agendaily.com adalah tidak wujud.

“Sehubungan itu, saya tidak ada kaitan sama sekali dengan penghasilan artikel berkenaan walaupun nama adalah sama,” kata Zulkiflee dalam satu kenyataan di portal, wartarakyat.com.

Artikel yang mengatakan tiga MP Pembangkang kononnya sudah dibeli tersebut juga tidak sahih dan tidak tepat sama sekali.

Sekali lagi, Agenda Daily menafikan berhubung penerbitan artikel tersebut dan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung penerbitan artikel tersebut yang mengaitkan portal kami.

Sekian, terima kasih.

BERITA BERKAIT
POPULAR