
Palsu.
Pihak Agenda Daily menafikan penularan satu gambar palsu berhubung satu artikel bertajuk “Mesyuarat kabinet panas, Bersatu nak tarik sokongan” yang disebarkan kepada orang ramai.
Artikel yang tular tersebut tidak pernah diterbitkan dan disiarkan portal Agenda Daily, ia merupakan satu artikel palsu yang cuba memfitnah portal kami.
Agenda Daily mengecam tindakan tidak bertanggungjawab laskar siber upahan yang membuat tuduhan tidak bertanggungjawab terhadap kami.