Pemuda putus cinta berzikir atas pelamin di pejabat Jawi

Dua pengawal keselamatan memujuk seorang pemuda yang berzikir dan mengaji dengan kuat di bilik persandingan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), hari ini. - Gambar FB

Akibat putus cinta, seorang pemuda memasuki ruang persandingan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebelum berzikir dan mengaji dengan kuat.

Kisah ini dikongsikan dalam laman Facebook Jawi pagi tadi.

Menurut laman web berkenaan kejadian itu dapat ditangani dengan kehadiran dua pengawal keselamatan yang memujuknya.

“Allahu. Ini kisah benar, bukan rekaan ataupun imaginasi novel cinta. Seorang pemuda tidak semena-mena, tidak berkasut, memasuki ruang majlis akad nikah di JAWI pagi ini, terus duduk di pelamin, berzikir dan mengaji dengan kuat.

“Syukur, pihak keselamatan dapat tangani dengan hikmah. Difahamkan pemuda ini mengalami tekanan perasaan akibat putus cinta.

“Kami doakan mudah-mudahan Allah berikan kesembuhan, jalan keluar, dan kemudahan kepada pemuda tersebut menghadapi ujian berat di dalam hidupnya,” tulis admin FB berkenaan