Pemohon BKM boleh kemas kini maklumat bermula 1 Jan

November 28, 2021 · Isu semasa

Individu yang layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) boleh membuat pendaftaran atau mengemas kini maklumat masing-masing bermula 1 hingga 31 Jan depan, kata Timbalan Menteri Kewangan 1 Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata bagi penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedia ada, mereka tidak perlu membuat permohonan BKM kerana bantuan akan diberikan secara automatik dengan bayaran pertama dijangka pada Mac 2022, lapor Bernama.

Menurutnya, proses pendaftaran itu dibuka bagi memastikan mereka yang layak, namun tiada dalam pangkalan data diberikan peluang untuk memohon dan pendaftaran serta kemas kini boleh dibuat menerusi laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Jangan risau penerima BPR sedia ada memang akan dapat (BKM)…bagi mereka yang dahulu M40 sekarang sudah rasa termasuk dalam B40 boleh kemas kini rekod masing-masing bermula Januari.

“Kita bagi tempoh sebulan untuk mereka berbuat demikian dan maklumat lanjut berkaitan BKM boleh dirujuk di laman web LHDN,” katanya.

Beliau terdahulu menghadiri Majlis Penutup Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Dewan Paya Besar di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar memaklumkan Bantuan Khas Covid-19 Fasa 3 akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada Disember depan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 billion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Terdahulu beliau dalam ucapannya menasihatkan usahawan luar bandar supaya mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang digitalisasi untuk proses pembayaran serta pemasaran produk selain merebut peluang dan insiatif disediakan kerajaan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Pada majlis itu, seramai 16 usahawan menerima pembiayaan sebanyak RM105,000 daripada TEKUN Nasional, 19 syarikat diperuntukkan RM1.3 juta pembiayaan daripada SME Corp manakala lima koperasi di Pahang melalui Tabung Modal Pusingan-Suruhanjaya Koperasi Malaysia menerima RM2.4 juta.

Karnival anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Bank Rakyat selaku rakan strategik itu dijalankan selama dua hari bermula semalam dengan pembabitan lebih 300 usahawan Pahang.

Berita berkaitan
Bajet: Bantuan tunai BKM tak atasi perangkap kemiskinan, kata NGO
October 8, 2022· Isu semasa
Ada lima anak ke atas baharu dapat BKM ‘one-off’ RM2,500: Bajet 2023
October 7, 2022· Isu semasa
Bayaran fasa 3 dan rayuan BKM bermula pada Selasa ini
September 16, 2022· Isu semasa
Tiada keperluan kerajaan perkenal semula GST buat masa ini
September 6, 2022· Isu semasa
Popular
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024
TLDM rancang miliki kapal misi pesisir baharu ganti aset usang
March 28, 2022
Kes rasuah kementerian RM41j, penulis blog politik kena cekup SPRM
May 12, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
23 jam lalu · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
24 jam lalu · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok