Peminjam susut pendapatan layak dapat pengurangan ansuran bank

June 2, 2021 · Isu semasa

Bank Negara Malaysia (BNM) sekali lagi menjelaskan peminjam yang menghadapi kekurangan pendapatan, termasuk elaun, gaji, komisen dan pendapatan isu rumah layak mendapat pengurangan ansuran bulanan daripada bank.

Dalam satu kenyataan melalui Twitternya, BNK berkata golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50 peratus selama enam bulan.

“Peminjam individu yang hilang pekerjaan juga boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50 peratus selama enam bulan,” kata BNM.

Bank pusat juga berkata perusahaan mikro (dengan kemudahan yang diluluskan sehingga RM150,000) serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50 peratus selama enam bulan.

BNM meminta peminjam menghubungi bank masing-masing untuk membuat pilihan tersebut.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari http://bnm.gov.my/RA.

Berita berkaitan
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Mat Sabu cadang premis kerajaan guna beras import bersubsidi
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
19 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
20 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023 · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023 · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok