Pemimpin rakus kuasa perosak kepada rakyat: Khutbah Selangor

October 21, 2022 · Isu semasa

Pemimpin yang mempunyai bekalan nilai integriti dan amanah antara komponen yang menjadi pelengkap ke arah pembentukan negara makmur sejahtera.

Sebaliknya pemimpin yang hanya rakus merebut kuasa dan mencari kekayaan dunia akan menjadi perosak serta pengkhianat kepada rakyat dan negara.

Demikian antara petikan kandungan Khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor bertajuk “Pemimpin dan Negara”, hari ini (21 Oktober 2022).

Teks Khutbah Jumaat itu juga menyebut soal pemimpin yang tidak menegakkan nilai integriti, kejujuran serta amanah akan menyebabkan dirinya sendiri terjerumus dalam aktiviti bersifat kemunafikan dan kemaksiatan.

Ini termasuk mengamalkan rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan menyebarkan fitnah hingga mengakibatkan kerosakan sesebuah kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

“Mengakhiri khutbah hari ini, khatib ingin merumuskan khutbah kepada beberapa inti pati iaitu setiap pemimpin hendaklah bersungguh-sungguh mematuhi dan mengamalkan sifat amanah, jujur juga ikhlas sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT.

“Pemimpin yang khianat, menipu dan menyalahgunakan kuasa untuk mengumpul kekayaan diri pasti akan dibenci oleh rakyat dan dikutuk oleh Allah SWT kerana boleh menjahanamkan negara.

“Rosaknya pemimpin maka rosaklah negara ibarat kata pujangga ‘jika keruh air di hulu, maka keruhlah ia di hilir’.

“Umat Islam hendaklah menjauhi amalan tidak bermoral dan berubahlah untuk berpegang kepada prinsip agama dan nilai etika sejagat,” teks itu dipetik.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
DAP telan setiap keputusan Anwar, malah sokong kleptokrat kembali
December 4, 2022· Politik
Bukankah Rafizi sendiri menentang PM jadi menteri kewangan sebelum ini?
December 4, 2022· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
December 3, 2022· Politik
Popular
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
December 1, 2022
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
3 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
11 jam lalu · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
1,866 kes baharu, enam kematian
December 4, 2022 · Isu semasa
2,421 kes baharu, 9 kematian
December 3, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok