Pemilik syarikat didakwa terima RM1.1 juta dalam tender notis saman PDRM

August 16, 2022 · Isu semasa

Seorang pemilik sebuah syarikat swasta didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.1 juta berkaitan tender notis saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2019.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Shazwan Shaharuddin, 37, didakwa secara rasuah menerima bagi dirinya daripada pekerja Syarikat SR Express (M) Sdn Bhd, Ukasyah Amiruddin, 33, suapan berjumlah RM1.1 juta sebagai upah, lapor Bernama.

Ia kerana membantu mendapatkan tender bagi kerja-kerja perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos notis saman PDRM kepada syarikat itu di sebuah bank di Setia Alam, dekat sini pada 23 dan 31 Dis 2019.

Mohd Shazwan dituduh mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat menawarkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan di hadapan Hakim Rozilah Salleh, selain Mohamad Shazwan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM berdekatan sekali sebulan.

Bagimanapun, Mohd Shazwan yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri memohon jaminan RM40,000 dengan dua penjamin dan bersetuju dengan sebarang syarat tambahan yang ditetapkan mahkamah.

“Anak guam saya tidak mempunyai risiko untuk melarikan diri dan dia memberi kerjasama yang baik kepada pihak SPRM sepanjang siasatan selain telah menyerahkan pasport di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi kes di sana.

“Semenjak ditahan SPRM, tender yang diperoleh syarikat pembekalannya telah ditarik balik dan menyebabkan perniagaannya terjejas. Tertuduh juga menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak berusia antara dua dan enam tahun,” katanya.

Rozilah membenarkan tertuduh diikat jamin RM55,000 dengan dua orang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Sept depan untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Sidang Dewan Rakyat: Peratus kehadiran MP PN paling baik
April 8, 2023
Ringgit mata wang paling rendah di Asia bagi 2023
July 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
21 jam lalu · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok