Pemilik kereta banjir dibantu kerajaan dengan Baucar Diskaun Automotif

January 7, 2022 · Isu semasa

Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia akan diberikan kepada pemilik kenderaan yang ditenggelami banjir baru-baru ini, ia satu inisiatif bantuan yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu orang ramai yang terjejas akibat bencana baru-baru ini.

Inisiatif itu diumumkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini dan kerajaan meningkatkan dana kepada RM500 juta daripada RM200 juta sebelum ini bagi meringankan beban golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

“Ciri kemudahan ini juga ditambah baik, di mana jumlah pembiayaan maksimum ditambah daripada RM500,000 kepada RM700,000 untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan daripada RM75,000 kepada RM150,000 untuk perusahaan mikro.

“Tempoh pembiayaan maksimum dipanjangkan daripada lima tahun kepada tujuh tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain daripada Kemudahan Bantuan Bencana, Tengku Zafrul berkata, inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia sehingga RM1,000 kepada warganegara yang layak juga diumumkan untuk pembaikan atau penggantian kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat banjir.

Katanya, inisiatif itu dilaksanakan menerusi usaha sama antara kerajaan dan syarikat automotif di mana syarikat akan menawarkan diskaun sekurang-kurangnya diskaun 25 peratus bagi kerja pembaikan serta kos tunda kenderaan secara percuma dan kerajaan akan menyediakan baucar diskaun sehingga RM1,000.

“Dalam hal ini, kerajaan mengalu-alukan langkah syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) dan Proton Holdings Bhd (PROTON) untuk menawarkan diskaun 50 peratus ke atas kos alat ganti.

“PERODUA juga menawarkan upah kerja pembaikan secara percuma. Kerajaan menggalakkan syarikat automotif yang lain untuk turut menawarkan insentif yang lebih baik untuk pelanggannya,” katanya.

Beliau berkata, bagi memanfaatkan baucar diskaun itu, pemilik kenderaan yang rosak akibat banjir, tidak perlu membuat sebarang permohonan, selain boleh menebus baucar berkenaan di pusat servis atau pengedar sah syarikat automotif yang terbabit.

“Pengurangan kos pembaikan dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan pembaikan atau kos penggantian kenderaan baharu melalui invois yang akan dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah,” katanya.

Setakat ini, hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih daripada 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara, telah bersetuju untuk menyertai inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia.

Tengku Zafrul berkata, senarai syarikat yang terbabit bersama dengan pendaftaran pusat servis sah serta bengkel, terutama untuk motosikal akan dikemaskini sepanjang tempoh pelaksanaan.

“Pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif berkenaan untuk mengetahui pusat servis yang berdekatan.

“Tarikh akhir tuntutan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia adalah pada 31 Mac 2022 dan pengguna dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan dari pusat servis/pengedar sah yang berdaftar bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya.

Beliau berkata, dengan inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia, kerajaan terus komited untuk memastikan bantuan berbentuk holistik kepada Keluarga Malaysia khususnya yang terkesan dengan bencana banjir supaya dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa secepat mungkin.

Senarai Syarikat Automotif:

1. PERODUA

2. PROTON

3. Tan Chong & Sons Motor (Nissan)

4. UMW Toyota Motor

5. Honda Malaysia

6. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)

7. Volvo Car Malaysia

8. TC Euro Cars (Renault)

9. Mercedes-Benz Malaysia

10. BMW Malaysia

11. Sime Darby Motor Group (untuk Ford, Hyundai dan lain-lain)

12. Mazda, Peugeot dan KIA

13. TC Subaru

14. Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)

15. Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd

16. Boon Siew Honda Sdn Bhd

17. Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS)

18. Mofaz Motorsikal Sdn Bhd

19. KMSB Motors Sdn Bhd (Suzuki)

Berita berkaitan
Tiada unsur penyelewengan dalam projek Musang King di Kedah, kata SPRM
August 12, 2022· Isu semasa
Dasar monetari proaktif kerajaan jamin ringgit, pasaran kewangan stabil: Zafrul
August 11, 2022· Isu semasa
Projek MRT3 dianggar bernilai RM50.2 bilion, bakal guna tender terbuka
August 2, 2022· Isu semasa
Laporan penuh banjir Baling dibentang pada 4 Ogos
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
SRC: Catur terakhir ‘Bossku’ bermula hari ini di Mahkamah Persekutuan
August 15, 2022
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
August 15, 2022
Peninju Thailand maut selepas aksi muay thai di Kota Bharu
August 14, 2022
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
2 minit lalu · Isu semasa
Harga alat ganti kenderaan naik antara 25 dan 60 peratus: Laporan
1 jam lalu · Isu semasa
Rayuan akhir Najib: Ketua Hakim Negara ketuai panel lima hakim
2 jam lalu · Isu semasa
Bursa Malaysia diniaga rendah pagi ini, ringgit pula dibuka tinggi
2 jam lalu · Isu semasa
Skandal LCS: Pengarah operasi ‘VIP’ dalam senarai pertuduhan SPRM
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
11 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok