Pemilihan PKR diteruskan walaupun terdapat bantahan, kekecohan

May 17, 2022 · Isu semasa

Walaupun berlaku kekecohan dan terdapat bantahan daripada mereka yang bertanding, pemilihan PKR tetap akan diteruskan dan tidak dibatalkan seperti yang digesa individu tertentu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Dr. Zaliha Mustafa berkata tidak mempunyai kuasa untuk membatalkan pemilihan parti, bagaimanapun Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dimaklumkan berhubung aduan dan masalah yang diterima sepanjang proses pengundian berjalan ketika ini.

“Kalau sekadar penangguhan, contohnya di beberapa kawasan, itu JPP boleh buat. Tetapi jika mahu batalkan keseluruhan pemilihan parti, ia tidak boleh dibuat JPP kerana kita hanyalah badan pelaksana.

“Cuma, setakat ini saya sudah maklumkan kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai perkara ini, Presiden kata kita akan bincang perkara ini dengan lebih lanjut dan kita juga akan meneliti perkembangannya dari semasa ke semasa,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Terdahulu, calon Timbalan Presiden Rafizi Ramli mengemukakan bantahan secara rasmi memintah penangguhan pengundian pemilihan PKR yang sedang berjalan.

Rafizi menggesa agar Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) menangguhkan pengundian fizikal pemilihan parti selepas terdapat masalah teknikal dikesan sehingga menimbulkan kekecohan semasa proses pengundian berlangsung.

Bekas Ahli Parlimen Pandang itu juga mendakwa bantahan kepada JPP tersebut diambil memandangkan terdapat kelemahan dalam sistem tersebut dan bimbang terdapat pihak yang mengambil kesempatan.

“Mohon ambil maklum supaya tidak ada pihak yang akan mengambil kesempatan,” katanya dalam kenyataan di akaun Twitter.

Melalui surat bantahan yang dilampirkan, Rafizi menyatakan, beliau memahami kelemahan berkenaan berpunca daripada keputusan pimpinan parti yang berkeras untuk menjalankan pemilihan, sedangkan tempoh masa yang diberikan kepada JPP tidak mencukupi.

“Sebagai seorang usahawan ‘tech’ yang memperkenal beberapa produk dan aplikasi teknologi di Malaysia dan rantau Asia Tenggara, saya faham masa yang diberikan kepada JPP (sekitar dua hingga tiga bulan) tidak mencukupi untuk membangunkan dan menguji aplikasi pengundian ADIL dengan sepenuhnya.

“Aplikasi undian ADIL sewajarnya diuji dengan jumlah pengguna yang jauh lebih besar, berbanding keadaan sekarang, sistem yang dipakai tanpa diuji secara menyeluruh,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Zaliha turut berkata, beliau tidak menolak kegusaran yang dilontarkan Rafizi namun berdasarkan perkembangan hari keempat pemilihan parti, aduan yang diterima semakin berkurangan dan aplikasi ADIL yang digunakan dilihat semakin bertambah baik.

“Jadi, setakat ini kita teruskan seperti biasa sebab tidak adillah untuk mereka yang sudah buat persediaan dari awal,” katanya.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Banjir: Tiga beradik maut kena renjatan elektrik di Kelantan
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok