Pemergian Qaradawi kehilangan besar kepada umat Islam: Muhyiddin

September 27, 2022 · Isu semasa

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pemergian ulama terkemuka dunia kelahiran Mesir, Syeikh Yusuf al-Qaradawi semalam, sebagai satu kehilangan besar kepada dunia Islam.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara itu berkata, Allahyarham merupakan seorang ulama yang paling disegani atas sumbangan besarnya kepada umat sejagat dan dianggap mujtahid pada era moden ini.

“Saya merasa sungguh dukacita apabila mendapat perkhabaran ulama muktabar dunia, Prof Dr Yusuf al-Qaradawi telah kembali ke rahmatullah.

“Pemergian Dr Yusuf al-Qaradawi merupakan satu kehilangan besar kepada dunia Islam kerana Almarhum merupakan seorang ulama yang paling disegani,” katanya dalam kenyataan, hari ini (27 September 2022).

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, ketika hayatnya, Almarhum memberi sumbangan besar menerusi penghasilan lebih 120 naskhah buku termasuk perundangan Islam yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

“Sungguh besar jasa bakti dan sumbangan Almarhum kepada umat sejagat sehingga dianggap sebagai seorang mujtahid pada era moden ini.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan Allah mengampunkan segala dosanya serta menggandakan pahala atas segala kebaikan dan sumbang bakti yang tidak terhingga kepada umat manusia. Al- Fatihah,” katanya.

Syeikh Qaradawi meninggal dunia pada usia 96 tahun di Qatar, tempat beliau tinggal dalam buangan setelah tentera pimpinan Abdel Fatah Al-Sisi menggulingkan kerajaan demokrasi Mesir pimpinan Ikhwanul Muslimin.

Allahyarham Syeikh Qaradawi yang menjadi penyokong kuat Ikhwanul Muslimin telah dibicarakan dan dijatuhkan hukuman mati tanpa hadir di Mesir.

Allahyarham sangat masyhur menerusi program Sharia and Life terbitan saluran berita antarabangsa, Al-Jazeera yang dianggarkan ditonton oleh 40 hingga 60 juta penonton di seluruh dunia.

Atas jasa baktinya dalam dunia Islam, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Allahyarham Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada 2009.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya seleweng RM600 bilion?
22 jam lalu· Rencana
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
PN terima satu lagi sokongan angkat Muhyiddin jadi PM
November 22, 2022· Politik
Popular
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
December 5, 2022
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
December 5, 2022
1,576 kes baharu, tiga kematian
December 6, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
1,576 kes baharu, tiga kematian
2 jam lalu · Isu semasa
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
12 jam lalu · Isu semasa
Perbicaraan 1MDB Najib berakhir awal hari ini, peguam bela sakit lagi
17 jam lalu · Isu semasa
1,502 kes baharu, tiga kematian
December 5, 2022 · Isu semasa
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman: Usah biar hakim ‘melutut’ kepada peguam
December 4, 2022 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
5 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok