Pembunuh upahan tembak bomoh

April 9, 2021 · Isu semasa

Pembunuhan seorang bomoh di Kuantan Ahad lalu dipercayai dilakukan pembunuh upahan, kata Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Katanya, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditembak beberapa das ketika sedang merawat pesakit di rumahnya di Bukit Rangin Perdana 2.

Katanya, dua individu telah direman sehingga 13 April ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek yang memakai penutup muka, memberi salam dan kemudian melepaskan beberapa das tembakan.

“Suspek kemudian meninggalkan tempat kejadian tanpa mencederakan sepasang suami isteri yang sedang menerima rawatan. Rakan suspek dipercayai menunggi di luar pagar rumah itu,” katanya.

Abd Jalil berkata, polis percaya kejadian itu dilakukan pembunuh upahan berdasarkan persediaan yang dilakukan, jenis pistol serta suspek yang tenang walaupun terdapat saksi.

Katanya, polis menyiasat pelbagai sudut, termasuk balas dendam, hutang atau marah serta gangguan seks ketika pelanggan menerima rawatan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok