Pembukaan semula negara, rentas negeri hasil ‘blueprint’ Muhyiddin

October 11, 2021 · Isu semasa

Pembukaan semula negara, khususnya kebenaran merentas negeri berkuat kuasa hari ini, disifatkan sebagai hasil ‘blueprint’ daripada kepemimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata apa yang dinikmati oleh rakyat negara ini sekarang menunjukkan rancangan dan pelaksanaan sejak pentadbiran Muhyiddin benar-benar berkesan.

“Kehidupan rakyat kembali pulih walaupun tidak lagi seperti dahulu. Tiada lagi kedengaran ‘kerajaan gagal’. Tiada lagi tuduhan biadab daripada penghasad yang mahu gagalkan usaha pemulihan negara yang dirancang beliau.

“Jelas apa yang telah dirancang dan dilaksanakan kerajaan kini benar-benar berkesan – hasil blueprint daripada kepimpinan mantan Perdana Menteri, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Nasional itu berkata bukan mudah menguruskan pandemik yang tidak pernah berlaku di seluruh dunia hampir 100 tahun lamanya.

“Totally unprecedented. Biarpun ditohmah, diganggu-gugat dari musuh luar dan dalam, Tan Sri Muhyiddin tetap utamakan rakyat. Ya beliau tidak sempurna seperti kita semua tapi beliau tidak sesekali lari daripada medan perjuangan.

“Malah beliau berjiwa besar dengan mendirikan semula kerajaan Perikatan Nasional yang dijatuhkan agar agenda pemulihan negara tetap berjalan walaupun bukan beliau lagi yang mengemudi kerajaan,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada jemaah menteri, penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang menjayakan misi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) .

“Marilah kita sama-sama beri tumpuan kepada fasa pemulihan negara yang seterusnya agar keamanan dan kemakmuran dapat dikecapi bersama sebagai sebuah #KeluargaMalaysia,” katanya.

Untuk rekod, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri ke-8 pada 1 Mac 2020 mengetuai kerajaan Perikatan Nasional (PN), tatkala negara sedang berdepan pandemik Covid-19. Sejak itu pelbagai program diperkenalkan untuk memerangi wabak berkenaan dan pada masa sama membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Pada 24 Februari 2021 beliau turut melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk memberi suntikan vaksin kepada penduduk Malaysia bagi mencapai imuniti kelompok.

Dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin berdepan pelbagai halangan dan cabaran termasuk ugutan daripada UMNO, sehingga kemuncaknya berakhir apabila 15 Ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berpaling tadah, mengkhianati perjuangan PN, yang awalnya mereka sokong.

Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos 2021 namun Yang di-Pertuan Agong melantik beliau sebagai Perdana Menteri sementara sehingga 21 Ogos 2021, yang kemudian diganti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan negatif vape jangka panjang
August 25, 2021
Cuaca panas, operasi pembenihan awan bermula hari ini di Pulau Pinang
May 3, 2023
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok