Pembukaan sekolah dapat sambutan baik, 85 peratus pelajar hadir: Radzi

November 30, 2021 · Isu semasa

Pembukaan semula sekolah mendapat sambutan baik daripada ibu bapa berdasarkan jumlah kehadiran murid ke sekolah melebihi 85 peratus, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurutnya secara keseluruhan jumlah sekolah yang sedang beroperasi di seluruh negara bermula 3 Oktober hingga 29 Oktober lalu adalah sebanyak 10,060 sekolah dan melibatkan 4,385,281 murid.

“Semua sekolah rendah dan menengah di bawah KPM di negeri Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah beroperasi sepenuhnya melibatkan 8,166 sekolah.

“Kelantan dan Sarawak yang berada dalam Fasa 3 PPN pula, sebanyak 1,894 sekolah telah beroperasi melibatkan 1,526 sekolah rendah dan 368 sekolah menengah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Radzi berkata demikian bagi menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman (PAS-Kuala Krai) yang ingin tahu perkembangan terkini pengoperasian sekolah di seluruh negara sejak pembukaan secara berperingkat pada 3 Oktober lepas serta penerimaan guru, murid dan ibu bapa mengenai perkara itu.

Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff mengenai perancangan KPM untuk semua sekolah beroperasi sepenuhnya tanpa penggiliran, beliau berkata ketika ini kehadiran ke sekolah tanpa penggiliran dilaksanakan untuk murid kelas peperiksaan sekiranya lebih 90 peratus murid kelas peperiksaan di sesebuah sekolah itu telah divaksin.

Beliau berkata ketika ini, murid kelas peperiksaan di semua sekolah di seluruh negara dibenarkan hadir ke sekolah tanpa sistem penggiliran kecuali empat sekolah yang belum mencapai vaksinasi 90 peratus.

“Untuk murid lain, kita sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melihat kohort manakah yang boleh dimasukkan berikutnya tanpa penggiliran.

“Tentang jangka masa itu, sebaiknya di peringkat KPM inginkan mereka kembali ke sekolah tanpa penggiliran secepat mungkin, namun kita sentiasa ambil kira faktor kesihatan dan berbincang dengan KKM terutama dalam konteks varian baharu Covid-19,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia
April 9, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok