Pemberian vaksin terus melepasi 200,000 dos

June 17, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menunjukkan trend positif apabila terus melepasi sasaran 200,000 dos sehari.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata semalam sahaja 204,839 dos vaksin Covid-19 diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, seramai 196,775 individu menerima dos pertama manakala 8,064 individu menerima dos kedua.

Setakat semalam katanya, seramai 1,476,753 individu telah melengkapkan dua dos vaksin dan seramai 3,632,195 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini adalah sebanyak 5,108,948.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 188,497 diikuti Sarawak (169,172); Johor (143,268); Perak (139,623) dan Kuala Lumpur (132,417).

Pada Selasa negara buat pertama kali merekodkan 215,876 dos vaksinasi harian, sekali gus mencapai sasaran yang ditetapkan kerajaan iaitu 200,000 dos sehari.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,637,437 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
1MDB: Jho Low gelar Najib ‘Optimus Prime’, kata saksi
November 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok