Pemberian vaksin sehingga semalam cecah lebih 14.34 juta dos

July 19, 2021 · Isu semasa

Jumlah pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 14,347,285 dos setelah sebanyak 344,961 dos diberikan semalam.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu 9,815,735 suntikan adalah bagi dos pertama dan 4,531,550 dos kedua.

Secara keseluruhan sehingga semalam, lima negeri merekodkan pemberian vaksin tertinggi di mana Lembah Klang (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya) mencatat angka paling tinggi sebanyak 5,093,117 dos membabitkan 3,866,419 dos suntikan pertama dan 1,226,698 dos kedua.

Ini diikuti Sarawak dengan 2,457,719 dos membabitkan 1,563,346 dos pertama dan 894,373 dos kedua; Johor (1,050,879 dos – 674,506 pertama dan 376,373 kedua); Perak (869,194 dos – 571,833 pertama dan 297,361 kedua); dan Sabah (847,036 dos – 484,377 pertama dan 362,659 kedua).

Daripada keseluruhan jumlah dos pertama yang diberikan itu 41.9 peratus membabitkan individu dewasa, manakala 19.4 peratus dos kedua juga bagi individu sama.

Sementara itu lima negeri merekodkan pemberian dos tertinggi semalam, membabitkan Selangor sebanyak 91,523 dos suntikan dengan 70,236 individu menerima suntikan pertama mereka dan 21,287 melengkapkan suntikan kedua.

Negeri lain ialah Kuala Lumpur sebanyak 64,859 dos dengan 40,624 individu menerima suntikan pertama dan 24,235 lagi melengkapkan dos kedua; Sarawak (52,411 dos dengan 17,944 pertama dan 34,467 kedua); Kedah (19,160 dos dengan 18,510 pertama dan 650 kedua); Negeri Sembilan (18,785 dos dengan 17,658 pertama dan 1,127 kedua); dan Pulau Pinang (17,877 dos dengan 16,828 pertama dan 1,049 kedua).

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
KKM beri peringatan jangan sertai perhimpunan haram
April 2, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok