Pemberian vaksin dos pertama dan kedua kini cecah 4,102,936 dos

June 11, 2021 · Isu semasa

Pelaksanaan program vaksinasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan momentum apabila sebanyak keseluruhan 4,102,936 dos pertama dan kedua sudah diberikan kepada orang ramai setakat semalam.

Daripada jumlah tersebut, seramai 1,267,758 individu sudah melengkapkan penerimaan dua dos vaksin Covid-19 sementara seramai 2,835,178 individu sudah menerima dos pertama, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi akaun Twitternya hari ini.

Jumlah vaksinasi harian juga menunjukkan peningkatan apabila semakin ramai mendaftarkan janji temu mereka dalam aplikasi MySejahtera selain lebih banyak lagi pusat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan dibuka selepas ini.

Lima negeri yang mencatatkan penerima kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 165,516 dos diikuti Sarawak (130,641), Kuala Lumpur (118,255), Johor (117,725) dan Perak (115,298).

Dalam fasa pertama program itu dari Februari hingga April lepas, kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan telah menerima vaksin.

Fasa kedua yang bermula April lepas hingga Ogos ini akan melibatkan pemvaksinan ke atas 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya.

Fasa ketiga pula yang bermula bulan lepas hingga Februari 2022 melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lebih 300 lagi PPV akan dibuka sebagai tambahan kepada 280 PPV yang sudah beroperasi seluruh negara.

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
October 6, 2022
Kes libat Syed Saddiq lebih berat daripada Rosmah, SRC: Pendakwaan
October 6, 2022
PM menghadap Agong 45 minit
October 6, 2022
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
October 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Guna 16.3% hasil negara bayar faedah hutang membimbangkan
11 jam lalu · Isu semasa
Kenyataan Istana Negara tak sebut pembubaran Parlimen
11 jam lalu · Isu semasa
Kutipan cukai individu 2021 jatuh RM11 bilion: Ketua Audit Negara
12 jam lalu · Isu semasa
Rakyat terbeban, harga barang naik lagi tapi UMNO galak nak PRU juga
12 jam lalu · Isu semasa
PM menghadap Agong 45 minit
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
13 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok