Pemberian suntikan vaksin harian semalam 324,745 dos, kata Adham

Penerima vaksin yang telah mendapat suntikan bergambar sebagai tanda sokongan program imunisasi kerajaan. – Gambar Agenda Daily, 15 Mei, 2021.

Sebanyak 324,745 dos suntikan vaksin Covid-19 diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin di seluruh negara kini 11,075,493 dos.

Menerusi hantaran di Twitter hari ini lapor Bernama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata daripada jumlah pemberian dos harian berkenaan, sebanyak 213,971 adalah dos pertama manakala 110,774 adalah dos kedua.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan pemberian vaksin tertinggi semalam ialah Selangor dengan 78,081 orang, disusuli Sarawak (62,241), Kuala Lumpur (46,695), Perak (24,067) dan Negeri Sembilan (19,563).

Sehingga semalam, katanya, jumlah keseluruhan pemberian vaksin Covid-19 dos pertama ialah 7,649,848 dan dos kedua 3,425,645.

POPULAR