Pemberian RM400 juta adalah ‘wang ihsan’, kata MB Kelantan

January 17, 2022 · Isu semasa

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan pemberian wang RM400 juta yang diumumkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan bagi tahun 2020 dan 2021 adalah merupakan ‘wang ihsan’.

Jelasnya, kedua-dua pemberian itu masing-masing telah dimasukkan ke dalam Belanjawan Kelantan 2020 dan 2021 dan kerajaan negeri masih berunding dengan Kerajaan Persekutuan bagi mendapatkan pembayaran royalti petroleum yang sepatutnya dibayar.

“Kerajaan Negeri Kelantan sehingga kini masih lagi dalam proses rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berkaitan pembayaran royalti petroleum kepada Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Kerajaan Persekutuan sudah menyalurkan wang hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan untuk 2020 dan 2021.

Menurutnya, pembayaran itu diberikan secara langsung kepada kerajaan negeri berdasarkan lima peratus pengeluaran medan hasil petroleum yang berdekatan Kelantan.

Jumlah pembayaran yang disalurkan kepada Kelantan tersebut meningkat berlipat kali ganda berbanding pada 2019 dengan jumlah yang diberikan pada tahun tersebut adalah sebanyak RM28 juta.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok