Pemberian dos vaksinasi kini cecah 9 juta lebih, kata Adham

Orang ramai menunggu giliran untuk mengambil vaksin Covid-19 di PPV Axiata Arena, Bukit Jalil. – Gambar Agenda Daily

Jumlah pemberian vaksinasi kepada orang ramai kini sudah mencecah 9,006,715 dos dan sebanyak 2.6 juta individu pula lengkap dua dos vaksin, setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sebanyak 206,015 dos vaksin diberikan di seluruh negara semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) itu.

“Jumlah yang terima dos pertama ialah 6,388,399 orang. Daripada jumlah itu, 2,618,316 orang juga terima dos kedua,” katanya menerusi Twitter.

Jumlah berkenaan menyaksikan kapasiti pemberian vaksin harian kekal melebihi 200,000 dos untuk enam hari berturut-turut sejak 29 Jun lalu.

Antara negeri yang mencatatkan penerimaan vaksin tertinggi ialah Sarawak dengan 1,197,283 penerima dos pertama dan 299,593 orang bagi dos kedua, Kuala Lumpur (1,154,186 dos pertama dan 244,709 dos kedua) serta Selangor (1,095,958 dos pertama dan 348,853 dos kedua).

POPULAR