Pemberian dos ketiga bermula awal Okt, kata Khairy

September 19, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memulakan pemberian dos ketiga kepada kumpulan pertama bermula awal Oktober ini dan keutamaan diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata langkah tersebut diambil susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini yang mengatakan kerajaan bersetuju untuk memberi dos ketiga kepada orang ramai.

“Selepas itu kita akan buka kepada yang lain, yang ini untuk kumpulan pertama kita mungkin akan dapat laksanakan pada awal oktober

“Ini sangat penting sebab golongan inilah dari data kematian, data kategori 5 yang berada di ICU (unit rawatan rapi), kebanyakan dari mereka terdiri dari golongan tersebut,” kata Khairy.

Khairy terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bersama Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 di Kedah hari ini.

Menurutnya lagi, pemberian dos ketiga itu tidak bermakna dua dos vaksin yang diambil sebelum ini tidak berkesan sebaliknya pemberian tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem imunisasi terhadap Covid-19.

“Ada yang kata dos ketiga bermaksud dua dos (awal) tidak berkesan. Tidak.

“Banyak negara sudah memulakan dos penggalak termasuk di AS, UK dan Singapura. Ini untuk kita tingkatkan lagi sistem imun terhadap Covid-19,” jelas beliau.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan kerajaan setuju untuk memberikan dos ketiga vaksin Covid-19 sebagai langkah meningkatkan perlindungan kepada orang ramai.

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada kumpulan berisiko tinggi terlebih dulu.

Katanya mereka termasuklah petugas barisan hadapan, pesakit kurang daya tahan imunisasi, warga tua dengan komorbiditi dan individu yang bekerja atau tinggal di pusat jangka panjang.

Menurut Ismail Sabri pemberian dos ketiga itu akan dibuat selepas liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara mencapai 80 peratus.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok