Pembentangan Belanjawan 2023 dipercepat 7 Oktober: Wan Junaidi sahkan

August 26, 2022 · Isu semasa

Belanjawan 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober, tiga minggu lebih awal daripada yang dijadualkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut laporan MKini, Wan Junaidi juga berkata mesyuarat ketiga sesi kelima Parlimen ke-14 akan bermula lebih awal iaitu 3 Oktober.

Bagaimanapun, beliau menafikan Belanjawan 2023 akan dibentangkan lebih awal berikutan Pilihan Raya Umum (PRU) yang telah banyak diramal akan berlangsung tahun ini.

“Tidak, tiada perbincangan mengenai pilihan raya umum, yang masih menjadi prerogatif perdana menteri (yang akan) menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk membubarkan Parlimen),” katanya.

Terdahulu, The Star, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu mesyuarat Kabinet hari ini (26 Ogos) mengenai tarikh baru pembentangan Belanjawan 2023.

Keputusan itu dianggap sebagai petunjuk bahawa PRU akan diadakan tidak lama lagi.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz akan membentangkan Bajet itu apabila Dewan Rakyat bersidang semula pada 3 Oktober ini.

Susulan arahan Kabinet, langkah seterusnya adalah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun, yang memerlukan sekurang-kurangnya 28 hari untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen berhubung tarikh baharu itu.

Keputusan untuk membentang Belanjawan 2023 lebih awal dibuat menjelang mesyuarat khas UMNO, esok (27 Ogos) di mana pemimpin parti itu dijangka mendesak supaya PRU diadakan segera.

Penggal Parlimen sekarang berakhir pada Julai 2023 dan PRU-15 boleh diadakan sebelum September tahun depan.

“Perkembangan politik bergerak sangat pantas kerana tempo PRU kini akan dipercepatkan,” kata seorang pemimpin Barisan Nasional.

Terdahulu, media melaporkan Ismail Sabri dalam mesyuarat biro politik parti itu baru-baru ini telah diberi tekanan dan amaran oleh ‘panglima perang’ UMNO supaya memenuhi empat tuntutan atau dipecat sebagai Naib Presiden UMNO.

Empat tuntutan itu ialah memecat Peguam Negara; memecat Ketua Hakim Negara; mendapatkan pengampunan segera untuk Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan di Penjara Kajang; dan mengadakan segera PRU-15.

Berita berkaitan
Aneh apabila pembangkang pula tak mahu PRU awal, kata Rahman Dahlan
16 jam lalu· Politik
DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke
17 jam lalu· Politik
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
17 jam lalu· Isu semasa
Hanya dengan letak Ahmad Said sebagai ‘poster boy’, UMNO menang Terengganu: Rozi
19 jam lalu· Politik
Popular
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022
Tuan Ibrahim sokong cadangan Speaker tetapkan tarikh PRU secara automatik
September 29, 2022
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
September 29, 2022
Hari ketiga perbicaraan kes Ebit Lew, seorang lagi pendakwah dijangka jadi saksi
September 29, 2022
Lagi Isu semasa terkini
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
9 jam lalu · Isu semasa
Bursa ditutup rendah lagi, susut bawah paras 1,400
10 jam lalu · Isu semasa
Buat PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 itu satu ‘penipuan’, kata penganalisis
10 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
10 jam lalu · Isu semasa
KPM ambil langkah tangani nasib guru besar, rundingan capai persetujuan: Radzi
10 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Guru besar kekal sebagai pentadbir sekolah, kata Radzi
6 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan masih kaji kanabis sebagai rawatan penagih, bukan hukuman
11 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok