Pembentangan akta berkaitan denda SOP Covid-19 ditangguh, kata Khairy

December 20, 2021 · Isu semasa

Kerajaan mengambil langkah menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 ke sesi Dewan Rakyat akan datang selepas meneliti keadaan semasa susulan bencana banjir melanda negara.

Keputusan tersebut dibuat selepas blok pembangkang menolak akta tersebut dan sebagai menghormati semangat Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimerterai sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Katanya, pertimbangan lain di sebalik keputusan untuk menangguhkan RUU itu susulan bencana banjir yang masih meruncing sehingga menjejaskan kehidupan seharian rakyat ketika ini.

“Tadi saya berbincang dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi yang dipengerusikan Bandar Kuching (Kelvin Yii), selain disertai Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

“Dalam RUU pindaan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit), sangat penting untuk kita dapat penerimaan dan pematuhan rakyat kerana ia bukan sekadar langkah kesihatan awam yang diperlukan untuk tangani kes COVID-19 saja.

“Sebaliknya, ia turut membabitkan usaha membendung penyakit berjangkit. Justeru, saya sudah bentang semua butiran pindaan kepada jawatankuasa pilihan khas dan mendengar pandangan kumpulan pakar.

“Kita sudah buat keputusan sebulat suara untuk tangguhkan pindaan ini, bukan disebabkan tidak disokong pada dasar kerana sebahagian besar sudah dipersetujui, tetapi sebab ada butiran yang perlu dipersetujui bersama,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, sidang tambahan Dewan Rakyat, pagi tadi ditempohkan selama 15 minit oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, bagi memberi laluan kepada proses libat urus RUU pindaan Akta 342.

Susulan keputusan itu, Khairy berkata, bacaan kali kedua dan ketiga RUU pindaan Akta 342 akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat seterusnya yang ketika ini butirannya belum ditentukan.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) memang berhasrat untuk membawa semula pindaan akta itu, namun ia memerlukan aspek pematuhan dalam kalangan rakyat yang hanya boleh dicapai menerusi kepercayaan dan kemampuan terhadap peruntukan terbabit.

“Saya setuju dengan cadangan Bandar Kuching (Kelvin Yii), dulu kita tidak terbitkan, mungkin itu kekhilafan, maka kita akan terbitkan garis panduan yang jelas (sebelum pembentangan semula kelak).

“Kita akan terbitkan garis panduan, apa kesalahan, kompaun, nilai dan sebagainya supaya lebih jelas apabila dibuat pindaan serta mendapat sokongan bipartisan.

“Yang penting, pematuhan kerana untuk krisis kesihatan awam ia bukan hanya membabitkan tindakan punitif, tetapi kawalan kesihatan awam yang sangat penting. Justeru, saya akan bawa semula kepada jawatankuasa pilihan khas sebelum dikemukakan kepada majlis,” katanya.

 

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
KDN bentang usul lanjutkan tempoh tahanan SOSMA, siasatan kes rumit
March 23, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
56 kematian semalam, 11 kes BID
April 3, 2022
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok