Pembangkang tetap mahu bahas isu Sulu walaupun sudah diberi taklimat

July 22, 2022 · Isu semasa

Taklimat tertutup yang diberikan pihak kerajaan semalam kepada semua Ahli Parlimen (MP) berhubung status isu tuntutan kumpulan Sulu tidak dapat memuaskan hati pembangkang.

Sebaliknya, MP blok pembangkang mendesak supaya kerajaan tetap membahaskan isu tuntutan kumpulan Sulu di Dewan Rakyat walaupun sudah diberikan taklimat semalam di sebuah hotel.

Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, ketika ditemui bagaimanapun memaklumkan beliau serta beberapa Ahli Parlimen lain masih mahukan isu mengenai tuntutan Kumpulan Sulu itu dibahaskan di Dewan Rakyat.

“Taklimat tadi, kita bukan hanya berbincang dan menyuarakan tentang perlunya perbahasan diadakan berkenaan apa yang perlu disuarakan itu. (Perkara itu) bukan rahsia pun.

“Pendirian kita cukup tegas, bukan dalam konteks kita katakan bahawa perkara ini tentang pergolakan negara, tetapi di samping itu ia membabitkan keselamatan negara.

“Jadi kita mahukan perbahasan,” katanya dipetik laporan media semalam.

Terdahulu, petugas media diarahkan tidak membuat liputan mengenai taklimat tertutup untuk Ahli Parlimen di hotel terbabit dengan alasan terikat Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Isi kandungan taklimat itu termaktub mengikut OSA, malah senarai MP yang menghadiri juga tidak akan dimaklumkan kepada media.

Bagaimanapun, media yang menunggu di hotel terbabit mengenal pasti beberapa menteri yang antaranya Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Terdahulu semalam di Dewan Rakyat, Speaker Tan Sri Azhar Azizan Harun menegaskan bahawa tiada keperluan untuk membahaskan tindakan undang-undang yang difailkan Kumpulan Sulu di Mahkamah Timbang Tara Paris di Perancis secara terbuka di Parlimen negara ini, kerana ia akan menjurus kepada subjudis.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Mahkamah diberitahu 1MDB rancang bayar hutang menggunakan hasil IPO
May 28, 2021
Bajet 2024: Cukai perkhidmatan naik jadi 8%, subsidi minyak diesel dimansuhkan
October 13, 2023
Tiada bekalan telur ayam di Terengganu, mana Mat Sabu?
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok