Pembakar roti Sajat pun kena lelong, masih tak cukup bayar pampasan

December 14, 2021 · Isu semasa

Susulan kegagalan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz zaman atau Sajat membayar ganti rugi dituntut syarikat stokis OWA Resourses Sdn Bhd berjumlah RM183,000, aset miliknya dilelong hari ini.

Bagaimanapun, hasil lelongan awam di kediamannya di Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, masih belum cukup untuk menjelaskan keseluruhan pampasan yang dituntut syarikat itu.

Lelongan 40 unit barangan di rumahnya dibida seorang lelaki dengan jumlah RM132,000 selepas lebih 10 kali proses bidaan.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar

Peguam Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn Bhd berkata, pihaknya akan berbincang dengan anak guamnya berhubung tindakan selanjutnya bagi menyelesaikan baki pampasan yang dianggarkan lebih RM50,000.

“Apabila proses lelongan ini selesai, kami akan melihat semula jumlah dan sekiranya baki tidak mencukupi, saya akan berbincang dengan anak guam saya untuk mencari jalan yang lebih baik untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya selepas lelongan awam berkenaan selesai, tengah hari tadi.

Katanya antara barangan termahal yang dilelong adalah piano bernilai RM40,000 dan termurah adalah set pembakar roti selain beberapa barangan lain iaitu sofa, pendingin hawa, mesin basuh, peti sejuk, almari pakaian, set bilik tidur dan televisyen.

“Seramai lapan pembida menyertai proses lelongan membabitkan 40 barangan dengan harga bidaan bermula dari RM77,650.

Sementara itu, Nurwati 41, berpuas hati dengan proses lelongan yang diadakan itu dan akan berbincang dengan peguam mengenai jumlah yang diperoleh dalam lelongan berkenaan.

“Jika tidak mencukupi, kita akan teruskan dengan proses selanjutnya dan saya akan bincang dengan peguam supaya dapat satu jalan penyelesaian terbaik,” katanya.

Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini telah dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan lalu membenarkan harta Sajat disita dan dilelong susulan kegagalannya membayar pampasan kepada bekas stokis utama, OWA Resources.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak plaintif menuntut pampasan RM183,000 yang gagal dibayar oleh Sajat melalui proses penyitaan.

Berita berkaitan
Isu rumah pajak di Kajang, Chegu Bard buat laporan polis kali kedua dan serah bukti
July 16, 2023· Politik
Banglo saya bina tidak ada unsur rasuah, kata bekas MB Terengganu UMNO
July 16, 2023· Politik
Dimana salahnya saya soal PMX duduk rumah tauke Cina? kata Chegu Bard
July 13, 2023· Politik
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Kes kalimah Allah untuk Sarawak sahaja, Anwar silap: Baru Bian
May 17, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok