Pemandu treler ada 13 kesalahan trafik, 4 beranak selamat dikebumi

July 14, 2022 · Isu semasa

Polis mengenal pasti empat anak beranak yang maut dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan, termasuk sebuah treler di Kilometer 277.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, dekat Ipoh, petang semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata mereka yang maut di tempat kejadian adalah pesara polis Rahim Ramli, 60, isterinya Siti Petimah Omar, 59, dan dua anak perempuan mereka, Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27

Menurutnya pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut itu pula mempunyai 13 rekod kesalahan trafik.

Beliau berkata pemandu berusia 34 tahun itu mempunyai saman trafik sejak 2008 sehingga tahun lepas, termasuk tiga daripada saman tersebut adalah terlibat dalam kemalangan jalan raya.

“Polis telah menahan pemandu treler dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau berbahaya.

“Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki tersebut tidak memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mior Faridalathrash berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.45 petang semalam dan hasil siasatan mendapati sebuah lori treler tanpa muatan yang dipandu lelaki itu dari arah Taiping menghala ke Bukit Beruntung, Selangor telah merempuh sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dari arah belakang.

“Akibat daripada rempuhan tersebut, treler dan kereta itu telah menggelongsor ke hadapan lalu melanggar lima buah kenderaan lain yang turut mengalami kerosakan teruk namun kesemua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Dalam pada itu, Mior Faridalathrash turut meminta orang ramai yang telah menyaksikan kemalangan tersebut supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Tarmini Che Hassan di talian 013-5949441 untuk membantu siasatan kes tersebut.

Sementara itu, jenazah empat beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir, Pulau Pinang jam 3 pagi tadi.

Berita berkaitan
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
15 jam lalu· Politik
Lima sekeluarga maut dalam nahas dua kenderaan di Gerik
July 23, 2022· Isu semasa
Pemandu treler terlibat nahas maut empat beranak mengaku tidak bersalah
July 21, 2022· Isu semasa
Sambutan luar biasa semasa Kenduri Rakyat anjuran PN di Perak
July 11, 2022· Politik
Popular
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
August 7, 2022
Zahid jangan lari tanggungjawab, buat-buat lupa jadi Menteri Pertahanan pada 2011
August 7, 2022
Pihak berkuasa diarah siasat kumpulan percaya kemunculan Imam Mahdi
August 7, 2022
Skandal kapal tempur ketika BN, UMNO memerintah cetus kemarahan rakyat
August 7, 2022
Lagi Isu semasa terkini
2,728 kes baru semalam, 6 kematian
28 minit lalu · Isu semasa
Potong usus jadi pilihan VIP: Untuk cantik atau sihat?
29 minit lalu · Isu semasa
Mangsa tetakan meninggal, tuduhan mencederakan bakal diubah
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada pergaduhan kaum di Sungai Petani, kata polis
1 jam lalu · Isu semasa
Sukan Komanwel: Nur Dhabitah raih perak acara terjun
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok