Pemandu rempuh Vellfire hingga 4 beranak maut direman tujuh hari

Pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menyebabkan empat beranak maut dalam nahas Kilometer 2 Jalan Lebu ke Mempaga berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), Bentong, Jumaat lalu, direman tujuh hari.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Raub, Yusri Wanu Suki semalam sehingga 4 Februari depan.

Ketua Polis Bentong Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata kertas siasatan akan disiapkan segera bagi memboleh suspek doituduh di mahkamah.

Jumaat lalu, seorang guru bahasa Inggeris, Raihan Mohamad, 43, dan tiga anaknya Ahda Dalili Mohd Nazri, 14; Ahmad Muaz, 7, dan Ahda Imtinan, 4, terbunuh setelah kenderaan Vellfire dipandu suaminya dirempuh Toyota Navara dipandu suspek.

Suami Raihan Mohd Nazri Hamid, 43, guru di Gua Musang, Kelantan turut cedera.

Selain siasatan awal mendapati pemandu Nissan Navara itu positif methmaphetamine, polis turut menemukan serbuk lut sinar disyaki syabu dalam kenderaannya.

“Berdasarkan siasatan juga suspek mempunyai tujuh rekod lampau dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Menurut Zaiham, suspek disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya suspek turut disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan tidak kurang daripada dua tahun.

“Suspek turut disiasat di bawah Seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara tidak kurang 10 tahun dan didenda tidak kurang dari RM50,000.

BERITA BERKAIT
POPULAR