Pemandu meludah di Lebuhraya Karak didenda RM400

June 21, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Selayang hari ini, menjatuhi hukuman denda RM400 ke atas seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard yang videonya tular kerana meludah di Lebuhraya Karak dua bulan lepas.

Majistret Nur Hafizah Rajuni menjatuhkan hukuman itu ke atas peniaga restoran Lim Koh Ching, 44, yang mengaku melakukan mudarat awam dengan meludah melalui tingkap pemandu di Lebuhraya Karak arah Bentong, Gombak pada 3.47 petang 30 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan dan dihukum mengikut Seksyen 290 kanun sama yang membawa hukuman maksimum denda RM400, lapor Bernama.

Tertuduh membayar denda itu.

Bagaimanapun, Lim mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan memandu dengan cara melulu serta berbahaya kepada orang awam pada tempat, masa dan tarikh sama mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu lima tahun dari tarikh sabitan.

Lim turut minta dibicarakan atas pertuduhan memandu kenderaan itu di laluan kecemasan mengikut Kaedah 53(1) Lalu Lintas 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Abdul Hilmi menawarkan jaminan RM7,000 bagi kedua-dua pertuduhan namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan dia menanggung keluarga.

Mahkamah membenarkan Lim diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pada April lepas, tular video berdurasi 2.25 minit di laman sosial Facebook yang memaparkan sebuah MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih dipandu secara berbahaya dengan memotong di lorong kecemasan dan melakukan provokasi kepada pengguna jalan raya lain.

Berita berkaitan
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Kes saman RM150 juta Dr Mahathir: Anwar mohon lanjutan fail pembelaan lagi
May 31, 2023· Politik
Jana Wibawa : Wan Saiful mohon batal pertuduhan mahkamah
May 31, 2023· Isu semasa
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok