Pemandu lori ditahan polis muat naik video fitnah dalam TikTok

February 6, 2023 · Isu semasa

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes memuat naik sebuah video berunsur fitnah ke atas anggota polis trafik menerusi akaun TikTok.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata penarik baja berusia 39 tahun itu ditahan pada Sabtu lepas dan direman hingga esok bagi siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, menurut laporan Bernama.

“Lelaki itu ditahan di rumahnya di Jitra, Kedah dan hasil semakan mendapati dia tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata klip video berdurasi 35 saat atas pemilik akaun @manbajanaw9438 itu memaparkan tiga anggota trafik sedang melakukan pemeriksaan rutin di Jalan Kangar-Alor Setar berhampiran lampu isyarat Simpang Ampat, Perlis.

Katanya anggota trafik tersebut membuat pemeriksaan dan mengeluarkan empat saman ke atas lori lelaki itu manakala punca kejadian dipercayai lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan saman yang dikeluarkan terhadapnya.

“Video yang dimuat naik oleh lelaki itu adalah berunsur provokasi dan fitnah yang boleh mendatangkan tanggapan buruk masyarakat terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terdapat beberapa komen negatif orang ramai berkenaan video tersebut yang boleh menjatuhkan maruah serta imej anggota polis trafik dalam video itu,” katanya.

Yusharifuddin sehubungan itu menasihatkan masyarakat supaya tidak menimbulkan sebarang provokasi yang boleh mendatangkan kebencian terhadap pihak berkuasa, khususnya melalui media sosial.

Beliau berkata tindakan tersebut boleh menyebabkan tersebarnya kenyataan yang tidak berasas sehingga boleh menghakis keharmonian antara masyarakat dan agensi penguat kuasa.

Katanya mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh penguat kuasa khususnya pasukan PDRM, boleh mengemukakan aduan dengan menggunakan saluran yang betul.

Berita berkaitan
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023· Isu semasa
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023· Politik
Isu cukai Yayasan AlBukhary, Guan Eng baharu nak saman Muhyiddin
March 27, 2023· Politik
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
KWSP: Kenapa PH-BN gagal fahami kesusahan, keterdesakan rakyat?
March 30, 2023
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
March 31, 2023
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
March 31, 2023
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
March 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu · Isu semasa
Basikal lajak: Rayuan terakhir Sam Ke Ting, apa yang perlu diketahui
5 jam lalu · Isu semasa
Wan Saiful terus beri semangat kepada pencarum KWSP jalan kaki
6 jam lalu · Isu semasa
MB Kedah arah agensi negeri beri komitmen 100% acara Persekutuan
6 jam lalu · Isu semasa
Enam stesen LRT diberhentikan operasi, baiki landasan
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok