Pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah tikam bekas teman wanita

September 5, 2022 · Isu semasa

Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahry hari ini (5 September) atas dua pertuduhan menikam bekas teman wanitanya dengan pisau dan menyebabkan kecederaan parah, akhir bulan lalu.

Mohamad Noor Faiz Md Hairi, 30, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu dituduh menikam dengan pisau yang boleh menyebabkan kematian terhadap Sheery Hazmah Yasib, 34, menurut Bernama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun dan denda. Jika menyebabkan cedera pada mana-mana orang, boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa menggunakan sebilah pisau yang boleh menyebabkan kematian dan dia didakwa mengikut Seksyen 326 kanun sama, membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

edua-dua kesalahan tersebut dilakukan di Pangsapuri Meridin Bayview, Taman Sierra Perdana, dekat Masai, pada 12.57 tengah hari, 31 Ogos lepas.

Mahkamah membenarkan Mohamad Noor Faiz diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan, diarah melapor diri di balai polis berdekatan setiap 1 hari bulan sehingga kes selesai dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Siti Noraida menetapkan 6 Nov ini untuk pengurusan kes termasuk lantikan peguam, serahan dokumen serta laporan perubatan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Noor Idayu Salim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
13 jam lalu· Politik
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
13 jam lalu· Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
13 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
21 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Selamat tinggal dunia mak nyah, luahan Cikgu Erin
October 19, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
21 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
21 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
21 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
22 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
5 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok