Pemandu disyaki mabuk sebabkan kematian mengaku tidak bersalah

June 20, 2022 · Isu semasa

Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kampar hari ini, atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang lelaki maut pada 5 Jun lalu.

K Suntharalingam, 29, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan divacakan terhadapnya di hadapan Majistret, T R Kavita.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa memandu sebuah kereta Honda Civic di jalan raya ketika berada di bawah pengaruh minuman yang memabukkan sehingga tidak berdaya mengawal kenderaan itu dan menyebabkan kematian seorang penjawat awam, Mohd Nazri Sham Aring, 42.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit di Kilometer 1, Jalan Kuala Dipang-Malim Nawar pada jam 11.45 malam 5 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 44(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun dan maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang RM50,000 dan maksimum 100,000, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M Esther Jacyntha, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Baldip Singh.

Esther menawarkan wang jaminan RM10,000, tetapi Baldip memohon kadar itu dikurangkan berikutan anak guamnya yang sudah berkahwin dan isteri sedang sarat mengandung.

Majistret kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 terhadap tertuduh oleh seorang penjamin, selain syarat tambahan lesen digantung sehingga kes selesai dan tidak dibenarkan keluar dari negeri ini tanpa kebenaran Ketua Polis Negeri.

Mahkamah turut menetapkan 13 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam nahas 5 Jun lalu, seorang lelaki maut, manakala anak mangsa berusia tiga tahun cedera parah, sementara isterinya cedera ringan.

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
PRU-15: BN Perak sokong PM bubar Parlimen tahun ini
June 22, 2022· Politik
Kes baharu Covid-19 sebanyak 1,922 dengan empat kematian
June 15, 2022· Isu semasa
8,000 kes HFMD dikesan di Perak
June 9, 2022· Isu semasa
Popular
Zahid dakwa tertekan, tak nafi guna dana YAB bayar kad kredit
June 30, 2022
Operasi cari 10 pemancing, 3 kru bot hilang diperluas: APMM
July 1, 2022
Mahkamah tangguh keputusan kes rasuah Azeez buat kali terakhir
July 1, 2022
Keputusan kes rasuah Rosmah diubah kepada 1 September
July 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Annuar perjelas punca harga barang naik
60 minit lalu · Isu semasa
Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara
1 jam lalu · Isu semasa
Permohonan Irwan, Arul Kanda batal saman 1MDB didengar 19 Okt
1 jam lalu · Isu semasa
Guan Eng menang kes saman terhadap dua akhbar bahasa Cina
1 jam lalu · Isu semasa
Tiada syarikat di Malaysia ada lesen import, jual air zam zam: KKM
1 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
3 jam lalu
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
June 30, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok