Pemain industri yakin kerajaan setuju harga siling baharu gula

June 8, 2022 · Isu semasa

Pemain industri gula MSM Malaysia Holdings Bhd yakin kerajaan akan menetapkan harga siling baharu yang lebih komprehensif tidak lama lagi, sejak kali terakhir dinaikkan pada 2011.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Syed Feizal Syed Mohammad memaklumkan hasil libat urus pemain industri dengan kerajaan cadangan harga siling baharu itu mendapat reaksi positif.

Beliau berkata ketika ini harga gula bertapis borong domestik dihadkan kepada RM2.69 sekilogram.

“Anggarannya adalah sekitar 20 peratus kenaikan (dalam kos input) secara asasnya apabila anda menggabungkan semua kos input. Ini telah kami kongsikan kepada kerajaan.

“Gula adalah industri yang paling boleh bertahan berbanding yang lain.

“Sejak 2011 sehingga kini, kami hanya mengalami kenaikan bersih satu sen bagi sekilogram gula dan ia tidak berbaloi berbanding inflasi dan kos-kos lain,” katanya pada sidang media secara maya selepas Mesyuarat Agung Tahunan kumpulan hari ini, seperti dilapor Bernama.

Menurutnya pengeluar gula utama tempatan termasuk MSM dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) telah melaksanakan libat urus secara menyeluruh dengan beberapa kementerian dalam tempoh beberapa bulan lepas.

Beliau berkata, susulan daripada libat urus dan perbincangan yang dilaksanakan, pihak industri yakin kerajaan akan menetapkan harga siling gula baharu yang lebih komprehensif.

“Perkara tersebut sedang ditelitikan, dan setakat ini nampak ada sokongan positif, tetapi saya tidak mahu menjawab bagi pihak kerajaan. Terpulang kepada budi bicara kerajaan, dan dalam masa terdekat ini, mungkin kita mendapat maklum balas,” katanya.

Ditanya mengenai impak kenaikan harga gula kepada isi rumah, Syed Feizal berkata kenaikan tersebut tidak akan memberi kesan yang besar terhadap segmen itu.

Sebagai satu daripada inisiatif pengurangan, Syed Faizal berkata MSM telah melindung nilai harga gula mentah.

Berita berkaitan
Zahid bidas Rafizi selepas sindir UMNO akan cadang Lembaga Kambing pula
June 26, 2022· Politik
Menteri UMNO tolak cadangan potong gaji, tak selesai harga barang naik
June 25, 2022· Isu semasa
PM nafi kerajaan buat pusingan U tidak apung harga ayam
June 25, 2022· Isu semasa
MPN terus main peranan sebagai badan penasihat kerajaan: Muhyiddin
June 24, 2022· Isu semasa
Popular
Bank saman bekas presiden, 17 lagi isu pinjaman RM400 juta: Laporan
June 29, 2022
Zahid sakit pula, perbicaraan petang ini disambung esok
June 29, 2022
Zahid setuju dia diberi ruang luas bela diri di mahkamah
June 29, 2022
Polis rampas senjata api tempur, tahan adik ketua geng Tiger
June 28, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Laidlaw tak layak wakili Najib, kata peguam KL kepada mahkamah
18 minit lalu · Isu semasa
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
49 minit lalu · Isu semasa
PM umum pasukan petugas khas tangani inflasi
2 jam lalu · Isu semasa
Pendakwaan kata hakim kes SRC Najib tiada konflik kepentingan
2 jam lalu · Isu semasa
Mustapa nafi seleweng dana UMNO, tak terima tekanan sertai Bersatu
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok