Peluang pekerjaan banyak bila BN jadi dominan lepas PRU-15, kata Zahid

October 18, 2022 · Isu semasa

BN menjamin peluang pekerjaan jika kembali memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bukan sahaja bagi sektor awam malah juga untuk sektor swasta.

“Insya-ALLAH BN kembali kerajaan dominan, kita usaha wujudkan semula banyak peluang pekerjaan buat rakyat. Yakini kerajaan BN (tentu) tahu bagaimana untuk melakukannya kerana kita pernah pun melakukannya.

“Bukan sahaja sektor awam, malah sektor swasta. Melalui pemerkasaan industri, merancakkan lagi pelaburan asing dan segalanya,” katanya melalui catatan terkini di Facebook, hari ini bagi mengulas soal 55,000 kakitangan kontrak sektor awam ditamatkan perkhidmatan selepas PH menang PRU-14.

Dalam pada itu, Presiden UMNO itu menyeru agar rakyat tidak lagi tertipu dengan propaganda PH berkait peluang pekerjaan.

“Sebelum PRU-14, PH janji satu juta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500. Jadi rakyat usah kena tipu lagi dengan propaganda PH mengenai peluang pekerjaan menjelang PRU-15.

“Kerajaan PH sebuah ‘kerajaan kekangan’. Kerajaan PH sebuah ‘kerajaan apa pun tak boleh’. BN ketika jadi kerajaan berusaha wujudkan peluang pekerjaan, PH jadi kerajaan cipta alasan memansuhkan,” tulisnya.

 

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
November 29, 2022
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
November 29, 2022
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
November 29, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Selepas jadi PM tersingkat, kes saman Ismail Sabri dengan Lokman selesai tanpa bicara
13 jam lalu · Isu semasa
Sembilan pertuduhan rogol, amang seksual dihadapi penceramah bebas
14 jam lalu · Isu semasa
Peguam Rosmah ditegur hakim supaya utamakan kes pengubahan wang haram
14 jam lalu · Isu semasa
Ismail Sabri nafi perbelanjaan 2020-2022 tak direkod dalam akaun
21 jam lalu · Isu semasa
2,465 kes baharu Covid-19 semalam, lima kematian
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok