Peluang Malaysia ke Piala Asia tipis selepas tewas 1-2

June 12, 2021 · Isu semasa

Peluang Malaysia untuk layak ke Piala Asia 2023 semakin tipis selepas tewas 1-2 kepada Vietnam di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.

Kekalahan keempat skuad Harimau Malaya kepada pasukan bimbingan Park Hang-seo itu menyaksikan hilang peluang untuk menduduki dua tempat teratas dalam Kumpulan G apabila tewas kepada

Daripada lapan kumpulan, hanya pasukan di tempat teratas dan empat pasukan terbaik di tempat kedua akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022, sekali gus layak secara automatik ke Piala Asia, manakala pasukan lain terpaksa menempuhi satu lagi pusingan kelayakan ke Piala Asia.

Pada aksi hari ini, keputusan ketua jurulatih negara Tan Cheng Hoe yang meletakkan gandingan Brendan Gan dan Muhammad Syafiq Ahmad di tengah, dilihat mampu menguasai perlawanan pada babak pertama, namun gagal dalam mencabar gawang gol Vietnam,

Vietnam berjaya membuka tirai jaringan menerusi tandukan Nguyen Tien Linh pada minit ke-27, yang gagal dihalang oleh benteng pertahanan negara yang sedikit hilang fokus setelah tidak dapat mengawal bola selepas sepakan sudut pasukan lawan.

Tandukan deras Muhammad Syafiq Ahmad pada minit ke-38, setelah menerima hantaran daripada Matthew Davies, berjaya dihalang oleh penjaga gol Vietnam Bui Tan Truong, manakala sepakan percuma Safawi Rasid juga berjaya ditampan keluar oleh penjaga gol veteran itu.

Bersambung babak kedua, Cheng Hoe, yang kehilangan bapanya Tan Chooi Siak, 95, semalam, membuat keputusan untuk menggantikan Syafiq dan Safawi dengan membawa masuk Nazmi Faiz Mansor dan Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Penyerang naturalisai negara, Guilherme de Paula akhirnya membalas kepercayaan yang diletakkan ke atasnya, apabila menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti deras pada minit ke-72.

Terdahulu, pengadil Ryuji Sato menghadiahkan sepakan penalti selepas de Paula dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan Vietnam.

Namun, keriangan skuad negara tidak kekal lama apabila Que Ngoc Hai meletakkan skuad kendalian Hang-seo sekali lagi di hadapan dengan melengkapkan sepakan penalti pada minit ke-82, setelah Brendan mengasari Nguyen Van Toan.

Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut skuad Harimau Malaysia dalam kempen kelayakan itu, selepas diaibkan 0-4 oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu.

Satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE membelasah Indonesia 5-0.

Keputusan hari ini menyaksikan Vietnam, yang mengekalkan rekod tanpa kalah terus kekal di tangga teratas kumpulan dengan 17 mata selepas tujuh perlawanan, diikuti UAE (15 mata), Thailand (9), Malaysia (9) dan Indonesia (1).

Malaysia seterusnya akan beraksi menentang Thailand pada aksi terakhir kumpulan pada awal pagi Rabu, manakala Vietnam bakal berdepan cabaran UAE dalam penentuan juara kumpulan.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM ambil keterangan kedua Menteri DAP: Laporan
April 19, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Atasi segera isu pemerdagangan manusia
August 27, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok