Pelitup muka tidak diwajib 1 Mei

April 27, 2022 · Isu semasa

Berkuat kuasa 1 Mei depan pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka, tidak lagi diwajibkan sebaliknya ia adalah atas individu itu sendiri.

Bagaianapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemakaian pelitup muka adalah wajib apabila berada di dalam bangunan dan pengangkutan awam termasuk e-hailing.

“Kementerian Kesihatan (KKM) menggalakkan agar pemakaian pelitup muka di luar bangunan terus diamalkan terutama apabila berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazar Ramadan, pasar malam dan stadium.

“Pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Putrajaya bagi mengumumkan kelonggaran langkah kawalan dan pencegahan Covid-19 di negara ini selaras dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.

Khairy berkata pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan di dalam bangunan seperti pusat beli-belah serta tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 akan diambil terhadap individu yang gagal mematuhi arahan itu.

Beliau berkata pelitup muka boleh ditanggalkan sekiranya bersendirian di dalam suatu ruang atau ketika makan, minum, berucap dan membuat persembahan.

“Pemakaian pelitup muka terutama di dalam bangunan dan pengangkutan awam masih lagi penting untuk melindungi diri serta orang sekeliling khususnya mereka yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak serta individu menghadapi imunokompromi,” katanya.

Khairy berkata pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan selepas mengambil kira risiko penularan jangkitan yang rendah dalam keadaan di mana ventilasinya adalah baik.

Beliau juga berkata prosedur operasi standard penjarakan fizikal di antara individu atau kumpulan kini tidak lagi diperlukan selepas mengambil kira semua aktiviti telah dibenarkan dengan penggunaan 100 peratus kapasiti ruang.

“Namun begitu, penjarakan fizikal digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka,” katanya.

Sementara itu, Khairy juga mengumumkan solat sunat Aidilfitri tahun ini dibenarkan dengan kapasiti 100 peratus namun semua jemaah perlu memakai pelitup muka ketika bersolat dan sepanjang berada di masjid atau surau.

Mengumumkan protokol sambutan Hari Raya 2022 hari ini dalam sidang media di sini, Khairy berkata turut dibenarkan ialah takbir hari raya di masjid, surau dan rumah ke rumah dengan sentiasa memakai pelitup muka.

Aktiviti lain dibenarkan dengan keperluan memakai pelitup muka adalah jamuan selepas solat di masjid atau surau, program ziarah, ziarah tanah perkuburan serta rumah terbuka atau majlis hari raya sama ada secara indoor (dalam bangunan) atau outdoor (terbuka),” katanya.

“Protokol ini adalah sebagai panduan umum, namun ia tertakluk kepada ketetapan dan SOP (prosedur operasi standard) oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya.

Khairy berkata kesemua aktiviti yang dibenarkan itu bagaimanapun tidak boleh dihadiri oleh individu yang positif Covid-19 atau bergejala.

“Kesemua individu atau jemaah terbabit perlu mengelakkan 3S (kawasan yang sesak, sempit dan sembang atau bertutur dengan jarak dekat),” katanya.

Beliau menasihatkan jemaah masjid atau surau untuk berwuduk di rumah serta membawa sejadah masing-masing dan memasuki premis berkenaan mengikut giliran bagi mengelak kesesakan serta bersurai dengan tenang.

“Semua boleh balik kampung dan enjoy your (menyambut) Hari Raya dalam keadaan selamat,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok