Pelawak wanita hina Islam didakwa di Mahkamah Syariah esok

July 19, 2022 · Isu semasa

Wanita berusia 26 tahun yang membuat persembahan komedi sehingga menghina Islam di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, akan didakwa di Mahkamah Syariah, esok.

Siti Nuramira Abdullah yang sebelum ini didakwa di mahkamah sivil atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan umat Islam.

Wanita itu yang hadir di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran bagi menandatangani Borang Jamin bagi kes yang dihadapinya, ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Dia akan dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Tertuduh akan didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah esok,” kata peguam itu ketika ditemui media.

Semalam, Nuramira dan teman lelakinya V Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.

Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

Alexander Navin pula mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas dua pertuduhan iaitu membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’, pada 5 Jun dan 16 Jun lepas.

Kedua-dua hantaran itu dibaca di sebuah kondominium di Damansara Perdana di sini, pada 10.30 pagi, 9 Julai lepas.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan, jika disabitkan kesalahan. – Bernama

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas tak tercalon, Mastura bidas BN mungkiri janji 30 peratus calon wanita
November 2, 2022· Politik
Wanita didenda RM56,000 guna dokumen palsu bagi laporan Mitra
September 21, 2022· Isu semasa
Polis siasat kehilangan wanita, dipercayai mangsa culik
September 14, 2022· Isu semasa
Wanita ditahan bantu siasatan kes kematian bayi lelaki
August 30, 2022· Isu semasa
Popular
Hilang duit dalam akaun: Salah bank atau pengguna?
September 2, 2022
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
2,375 kes baharu, 11 kematian
December 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir
52 minit lalu · Isu semasa
2,375 kes baharu, 11 kematian
7 jam lalu · Isu semasa
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu hingga Sabtu
15 jam lalu · Isu semasa
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
15 jam lalu · Isu semasa
Laporan Utusan juga sahkan Najib kini berada di hospital bukan penjara
23 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
14 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok