Pelarasan semula ekonomi semasa penularan Covid-19: Tengku Zafrul

May 26, 2022 · Isu semasa

Pandemik Covid-19 menyediakan peluang kepada Malaysia untuk melaras semula ekonomi dan negara perlu memanfaatkannya dengan menangani isu ekonomi jangka pendek, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bercakap pada sesi panel di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dii Davos, Switzerland, Tengku Zafrul berkata sejak 2020, Malaysia telah memperkenalkan pakej-pakej rangsangan di samping menangani isu-isu jangka panjang di bawah tiga prinsip iaitu responsif, tanggungjawab dan pembaharuan, menurut laporan Bernama.

“Dalam tempoh jangka panjang, semuanya adalah tentang pembaharuan. Satu daripada perkara yang kami lakukan adalah semasa kami mengumumkan pakej rangsangan untuk menangani (isu) jangka pendek dan pada masa yang sama, kita perlu lihat sama ada ada ia mempunyai kesan (positif) dalam tempoh jangka panjang,” katanya pada sesi panel WEF yang bertajuk ‘Taking the Long View.’

Memetik ekonomi gig sebagai contoh, Tengku Zafrul berkata industri itu menerima kesan semasa tempoh sekatan pergerakan ekonomi dan kerajaan telah meluaskan capaian perlindungan sosialnya kepada pekerja- pekerja gig termasuk memberi manfaat tunai.

“Di Malaysia dan Asia Tenggara, ekonomi gig adalah sangat besar dan ia berkembang setiap hari, tetapi mereka tidak mempunyai perlindungan sosial kerana mereka tidak mencarum kepada dana pencen dan keselamatan sosial,” katanya.

Beliau juga berkata banyak isu yang mempunyai impak merentasi jangka masa lebih panjang seperti pekerjaan dan taraf hidup, memerlukan usaha daripada kerajaan untuk mengimbangi kepentingan rakyat hari ini terhadap mereka yang akan hidup pada masa depan.

“Ahli politik dan kebanyakannya penggubal dasar di banyak negara di seluruh dunia sering dituduh terlalu menumpukan kepada isu jangka pendek sehingga mengorbankan isu jangka panjang kerana mereka cenderung untuk berada di bawah tekanan untuk bertindak pantas dan menyediakan manfaat ketara dalam tempoh jawatan yang akan dipilih semula,” katanya.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok