Pelantikan pegawai perubatan tetap ikut merit, prestasi: KKM

June 27, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan pelantikan pegawai perubatan secara tetap selama ini dilakukan berdasarkan merit dan prestasi semasa ketika siswazah menjalani latihan.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata kebelakangan ini wujud salah faham pihak tertentu yang membuat tafsiran mengenai kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Rabu lalu yang memasukkan pandangan Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia.

“Penjelasan kementerian mengenai isu yang dibangkitkan oleh kedua-dua persatuan berkenaan dibuat mulai perenggan kedua dalam kenyataan media tersebut.

“Adalah diharapkan penjelasan ini dapat memperbetul kekeliruan dan salah tafsiran semua pihak mengenai ketelusan dan integriti KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) semalam bertajuk ‘Healthcare is colour blind’ yang menolak unsur perkauman dan keagamaan dalam pemilihan dan pelantikan pegawai perubatan secara tetap.

Kedua-dua persatuan itu mencadangkan supaya kerajaan meneliti semula pengambilan lantikan baharu graduan perubatan untuk berkhidmat di KKM, bagi memastikan graduan perubatan, khususnya dalam kalangan bumiputera, dapat berkhidmat secara tetap dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran bidang profesional di negara ini.

Mohd Shafiq berkata perenggan pertama kenyataan itu bagaimanapun bukanlah pendirian kementerian.

Berita berkaitan
Selepas pusingan U isu subsidi, kerajaan juga umum teruskan biasiswa JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Keputusan henti tajaan perubatan, KKM mahu bincang dengan JPA
June 11, 2023· Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023· Isu semasa
Dulu Anwar desak serap 10,500 doktor kontrak, kini bagaimana?
February 26, 2023· Isu semasa
Popular
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok