Pelantikan Azam dicadang KSN, saya setuju, Agong perkenan: Muhyiddin

January 10, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, ketika beliau menjadi Perdana Menteri, adalah mengikut peraturan yang sah.

Katanya isu itu tidak perlu berbangkit kerana pelantikan berkenaan juga telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Bercakap pasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Pemulihan Negara (MPN) 2022 hari ini, Muhyiddin mengakui pelantikan Azam dibuat ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

“Ya dia dilantik waktu saya… bila berlaku kekosongan bekas pesuruhjaya dulu, maka mesti ada pengganti. Dan, walaupun yang melantik bukan saya iaitu selepas diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Dan proses lantikan itu teratur… mengikut peraturan mana-mana jawatan kerajaan terutama jawatan-jawatan penting seperti itu tak buat secara begitu mudah saja.

“Ia harus melalui satu proses dan diperakukan oleh sebuah jawatankuasa yang mana Ketua Setiausaha Negara (KSN)… dalam kes sebegini mengemukakan cadangan nama. Bukan saya pilih. Dia (KSN) cadangkan dan diteliti dia (Azam) layak dan itu sudah mematuhi dan memenuhi kriteria,” katanya.

Muhyiddin berpendapat segala proses yang dilakukan bagi melantik Azam tidak salah, sebaliknya dilakukan dengan mengikut cara yang betul dan teratur.

Menurutnya, proses pelantikan itu tidak perlu dikaitkan dengan isu yang berlaku sekarang ini dan beliau enggan mengulas mengenai kes itu.

“Jadi saya fikir proses itu tidak salah. Memang betul dan teratur. Jadi jangan dikaitkan dengan proses itu dengan kes yang dah kita dengar sekarang inilah. Saya tak nak ulas kes itu.

“Bagi saya ia sudah pun diperkenankan dan saya tak fikir ada satu apa-apa kesalahan dari segi prosedur pelantikan dan sebagainya,” katanya.

Beliau menjelaskan urusan pelantikan Azam dilakukan oleh KSN di bawah sebuah jawatankuasa dan sebagai Perdana Menteri beliau bersetuju untuk memperakukan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dan Agong telah pun berkenan. Jadi saya fikir tak ada apa-apa isu harus dibangkitkan oleh sesiapa sekali pun,” katanya.

Terdahulu, Mantan Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad berkata Azam Baki merupakan pegawai tertinggi kerajaan sebelum dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang dipilih mengikut proses perkhidmatan penjawat awam.

Beliau menjawab persoalan yang ditimbulkan Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Azalina Othman Said berhubung pelantikan Azam sebelum ini.

“Untuk pengetahuan umum, pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah dibuat di bawah peruntukan Seksyen 5 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. Di bawah seksyen ini, KP SPRM dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,” Dr Marzuki. Berita berkaitan

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Al-Sultan Abdullah menamatkan tempoh pemerintahan 30 Jan, zahir penghargaan
October 26, 2023· Isu semasa
Popular
Ceroboh ruang udara: Malaysia kemuka bantahan, panggil Duta China
June 1, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
[KEMAS KINI] Najib pecat peguam cara firma guaman Zaid Ibrahim
August 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok