Pelan menteri DAP bawa pegawai Singapura hina pakar tempatan

January 22, 2023 · Isu semasa

Langkah Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming, mahu membawa masuk pakar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura ke kementeriannya, akan menjadi ancaman keselamatan yang besar sekiranya tidak diberi perhatian.

Ini kerana sudah pasti, pakar-pakar Singapura yang ditempatkan di kementeriannya akan memperoleh pelbagai data dan maklumat berkaitan penduduk, demokrafi, geografi dan sosio ekonomi, khususnya bangsa Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor, Ahmad Nawfal Datuk Mahfodz menggesa semua pihak mengkaji perkara itu secara mendalam, bukan setakat bercakap berkaitan membawa Malaysia menjadi negara madani sahaja.

Pihak berkaitan katanya, perlu berhati-hati berkaitan isu perumahan dan kerajaan tempatan kerana menerusi kerjasama ini data rakyat Malaysia dan maklumat negara akan didedahkan kepada pihak ketiga.

“Adakah ini harga yang perlu dibayar kepada pihak luar dengan ‘menyertai’ kementerian berkenaan. Di manakah kewajaran membawa masuk ‘pengaruh’ negara lain sehingga ‘menyertai’ KPKT?

“Apakah tiada pasukan yang sepadu di peringkat KPKT atau mana-mana agensi berkaitan? Saya memberi kepercayaan kepada agensi kerajaan dan pakar-pakar dalam negara yang lebih memahami kesesuaian pembangunan dalam negara kita.

“Cukuplah sekadar Singapura hilang dari genggaman orang Melayu. Namun, tradisi itu kini dilihat berada di Pulau Pinang di mana orang Melayu makin terhakis tanah-tanah mereka dari bumi sendiri.

“Apa akan jadi dengan Tanah Rizab Melayu di Tanah Melayu? Cadangan yang sebegini besar perlu dihalusi dan dibincangkan dengan selumatnya. Bukan dengan hanya mengumumkan di siaran televisyen. Dengan semangat Madani yang dilaungkan, jangan sampai negara tergadai,” tegas Ahmad Nawfal dalam satu kenyataan hari ini (21 Januari 2023)..

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim berhubung yang bimbang perkampungan tradisi Melayu akan lenyap sebagaimana berlaku di negeri itu, sejurus selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013 dan digantikan dengan kondominium.

Menurut Iszuree apa yang terjadi kini Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB Singapura untuk masuk ke Malaysia atas alasan untuk mendapatkan nasihat pakar.

Sehubungan itu, Ahmad Nawfal mempersoalkan kebaikan dan kesesuaiannya apabila Kor Ming, mahu membawa masuk pakar HDB itu ke kementeriannya.

Menurutnya banyak persoalan yang berbangkit daripada rancangan Kor Ming untuk membawa masuk pegawai asing, apatah lagi bila disebut pakar itu bakal ‘menyertai’ KPKT dan ia seakan bukan sekadar usaha perkongsian.

“Saya mengambil contoh kewajaran Kerajaan Negeri Johor yang hanya mengangkat HDB dan ia dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ).

“Ini sekali gus memberi peranan yang tinggi kepada PKPJ dalam memastikan pembangunan yang mapan terutama penyediaan rumah mampu milik yang memenuhi permintaan,” katanya.

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Utamakan kepentingan rakyat bukan berdendam dengan pembangkang, kata PN
February 4, 2023· Politik
Pulau Pinang dilanda banjir
February 4, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
16 minit lalu · Isu semasa
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
7 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok