Pelakon dalam video tular ghairah akan disiasat: Annuar

March 22, 2022 · Isu semasa

Siasatan akan dijalankan terhadap seorang pelakon, Zul Ariffin yang berkongsi satu video adegan ghairahnya dalam media sosial baru-baru ini.

Tindakan tersebut dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang mengesahkan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998).

“Proses undang-undang berjalan. Pelakon Zul Ariffin akan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta KMM (Akta Komunikasi dan Multimedia 1998) kerana posting (muat naik) YouTube yang menyalahi undang-undang,” menurut ciapan beliau di Twitter hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membidas penyiaran drama yang dikaitkan dengan penyiaran video itu yang bakal ditayangkan Ramadan ini.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff, berkata berdasarkan penelitian pihaknya, penyiaran program seumpama itu jelas mempamerkan perbuatan dilarang Islam dengan aksi dan adegan tidak bermoral melampaui batas serta bertentangan norma masyarakat dan hukum syarak.

JAKIM menyatakan pendirian dan pandangan mengenai isu terbabit kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) supaya tindakan tegas dapat diambil segera.

Dalam pada itu, Annuar melalui ciapan sama seiring dengan pendirian dizahirkan JAKIM itu.

“Yang pasti adegan seperti yang dipapar itu tidak akan dibenarkan tayang, sama ada bulan Ramadan atau bulan yang lain. Jagalah nilai dan budaya,” katanya.

Semalam, Zul Ariffin atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin, 35, memohon maaf dan menyesal di atas tindakannya memuat naik video ‘teaser’ sebuah drama bersiri di akaun Instagram miliknya, baru-baru ini.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sekat media kritik kerajaan, Sanusi kata tindakan bacul
October 21, 2023· Politik
Popular
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Bantah tulisan Jawi serlah sikap Islamofobia pemimpin DAP
January 19, 2022
Hijrah Diri Jakim bantu LGBT kena serang, dikeluarkan dari Google Play
March 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok