Pelakon Benjy meninggal dunia di Medan

Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Medan.

Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy Ibrahim menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hospital di Medan, Indonesia hari ini akibat penyakit asma dihidapinya.

Bapa pelakon memaklumkan pemergian anaknya tersebut yang juga anak sulung kepada aktres Allahyarham Azean Irdawaty.

Menurut Khairil, Benjy, 42, meninggal dunia akibat penyakit asma yang dihidapinya selama ini.

“Ben (panggilan buat Benjy) meninggal dunia di hospital Medan, Indonesia akibat asma hari ini,” katanya lapor media.

Pada 2017, Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Dei Serdang Sumatera Utara oleh pihak Kastam dan Eksais Indonesia sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

Benjy dituduh memiliki dadah jenis methaphetamine seberat 4.5 gram yang disembunyi pada bahagian duburnya.

Kemudian pada 18 Oktober tahun sama, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah Medan.

AL-FATIHAH.

POPULAR