Pelajar tak perlu ke balai polis, IPT keluarkan surat kebenaran

May 6, 2021 · Isu semasa

Para pelajar tidak perlu ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran merentas daerah dan negeri, sebaliknya pihak Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sendiri yang akan mengeluarkan surat berkenaan untuk mereka pulang berhari raya.

Surat sama juga akan dihantar ibu bapa atau penjaga bagi pergerakan pulang pelajar ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri ini, kata Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik Jabatan Pendidikan Tinggi Dr Mohd Suzeren Md Jamil.

“Memadai dengan surat kebenaran ini. Pelajar, ibu bapa atau penjaga tidak perlu bersesak-sesak ke balai polis untuk memohon surat kebenaran bagi tujuan pergerakan pulang ke kampung dan balik ke kampus semula,” katanya lapor Bernama.

Mohd Suzeren berkata setakat ini pelajar tidak dibenarkan menggunakan kenderaan awam untuk pergerakan pulang dan hanya dibenarkan dengan kenderaan sendiri, kenderaan ibu bapa, kenderaan yang diatur oleh IPT atau penerbangan sahaja.

Terdahulu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan lebih 100,000 pelajar IPT yang kini berada di kampus dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi Sarawak.

Pergerakan pelajar secara berfasa itu ditetapkan dari 7 hingga 12 Mei dari kampus ke kediaman masing-masing manakala tarikh kembali ke kampus bermula 15 hingga 20 Mei.

Hanya pelajar yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) sahaja dibenarkan pulang, manakala mereka yang berada di bawah PKP Diperketatkan (PKPD) perlu terus berada di kawasan masing-masing.

Menurut Mohd Suzeren pelajar yang sedang menjalani latihan industri (praktikal) juga dibenarkan pulang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sama kerana mereka dikategorikan sebagai pelajar yang sedang menyambung pengajian di kampus.

Beliau berkata bagi pergerakan pulang pelajar ke kampus masing-masing, pelajar yang datang dari kawasan PKP akan menjalani pengasingan di kampus atau di kediaman masing-masing sebelum dibenarkan memulakan sesi pembelajaran.

“Kecuali bagi pelajar ke Sabah, mereka perlu mengikuti SOP semasa iaitu menjalani ujian calitan tiga hari sebelum penerbangan ke sana,” katanya.

Mohd Suzeren turut berharap pelajar menggunakan peluang untuk beraya bersama keluarga sebaiknya dengan mematuhi SOP hari raya seperti yang ditetapkan kerajaan.

Berita berkaitan
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
196 warga PDRM ditahan kerana dadah semasa 10 bulan pertama tahun ini: KPN
November 24, 2023· Isu semasa
Polis tahan aktivis media sosial lantang kritik kerajaan
October 31, 2023· Politik
Lesap RM120,000 selepas ditipu ‘phone scam’ menyamar polis
October 24, 2023· Isu semasa
Popular
Sime Darby jual syarikat-syarikat Pelabuhan Weifang bernilai RM1.27 bilion
July 4, 2022
Selepas disaman Rafizi kata hanya mahu penjelasan Tuan Ibrahim
January 25, 2023
Jangan sewa akaun bank kepada scammer, elak jadi mangsa penipuan
September 20, 2021
Mahkamah boleh buat keputusan segera terhadap Najib: Peguam
August 21, 2022
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok