Pelajar menengah tetap masuk sekolah pada 4 dan 5 April

March 26, 2021 · Isu semasa

Kementerian Pendidikan tetap dengan keputusan untuk membuka sesi persekolahan secara bersemuka peringkat menengah mulai 4 dan 5 April walaupun wujud kluster Covid-19 membabitkan institusi pendidikan negara.

Walaupun, terdapat 41 kluster Covid-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan sejak 1 Januari lalu hingga semalam, Menteri Kanan Pendidikan Senator, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, kementerian akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa supaya pelajar dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan selamat.

“Kalau kita teliti data yang diberikan itu, jumlah keseluruhan berlaku di pelbagai institusi pendidikan dan kita telah ikut seperti mana SOP yang telah ditetapkan,” katanya.

“Kita sudah sediakan SOP terbaik, jadi, kita harap semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan semua pihak bagi sokongan, patuhi semua supaya sesi sekolah dapat diteruskan dalam keadaan selamat,” katanya di Batu Pahat, Johor, hari ini.

Secara keseluruhan lebih lima juta murid di seluruh negara termasuk pelajar sekolah menengah akan kembali ke sekolah pada 4 dan 5 April ini.

Sesi persekolahan secara bersemuka dilakukan secara berperingkat dengan murid sekolah rendah Tahun 3 hingga 6 telah hadir ke sekolah pada 8 Mac lepas, manakala murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 pula bermula, pada 1 Mac lepas.

Bagi murid sekolah menengah Kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu), mereka akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan terdapat 41 kluster COVID-19 di semua peringkat institusi pendidikan dilaporkan sejak 1 Jan lepas hingga semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 kluster melibatkan pusat pengajian tinggi, 11 kluster sekolah menengah, 10 kluster prasekolah dan sekolah rendah serta lima kluster pusat tahfiz dan madrasah yang telah dilaporkan dalam tempoh hampir tiga bulan itu.

Ia termasuk tiga kluster baharu yang diumumkan semalam iaitu Kluster Paloh Rambai, Kluster Merinding, dan Kluster Persiaran Maktab.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC sebelum ini dari DAP sahkan perolehan vaksin teratur, nak spin apa lagi?
January 25, 2023· Isu semasa
4,069 pengembara China tiba di Malaysia, belum kesan positif Covid-19: KKM
January 10, 2023· Isu semasa
Sempadan China dibuka semula ketika kes Covid-19 semakin meningkat
January 8, 2023· Dunia
Tak perlu SOP ketat dikenakan kepada pengembara China: Menteri Pelancongan
January 7, 2023· Isu semasa
Popular
Perlis juga mahu tutup premis judi
February 1, 2023
Izzah pastikan tender teratur, itu sahaja: Anwar
January 31, 2023
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
February 1, 2023
Fahmi beritahu dirinya sudah dilantik sebagai jurucakap kerajaan
January 31, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
52 minit lalu · Isu semasa
Harga petrol dan diesel tak turun dan tak naik, kekal tak berubah
56 minit lalu · Isu semasa
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
4 jam lalu · Isu semasa
Polis siasat NST, BH kerana dakwa murid SJKC tak minat belajar BM
4 jam lalu · Isu semasa
Perlis juga mahu tutup premis judi
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok