Pelajar Malaysia jangan terpengaruh ideologi antikerajaan: Mahdzir

August 4, 2022 · Isu semasa

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan pelajar Malaysia di luar negara agar tidak terpengaruh dengan fahaman dan ideologi bersifat antikerajaan dan antipenubuhan.

Mahdzir berkata apabila pelajar diberi peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara mereka akan terdedah dengan banyak fahaman dan ideologi, bagaimanapun tidak wajar untuk seseorang warganegara mengutuk negara sendiri seolah-oleh negara luar lebih baik, lapor Bernama.

“Apabila kita sambung pengajian di luar negara, akan ada banyak fahaman, ideologi dan maklumat. Ada juga dalam kalangan pelajar sampai ke luar negara terpengaruh dengan fahaman tertentu yang akhirnya berada dalam kumpulan antipenubuhan dan antikerajaan.

“Kita tidak mahu pelajar kita terpengaruh yang akhirnya mereka sendiri memburukkan dan mengutuk negara sendiri seolah-olah negara luar lebih baik dan sebagainya… saya ingatkan para pelajar supaya ingatan ini kekal dalam fikiran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Program Prapelepasan Pelajar Tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Luar Negara hari ini.

Beliau berkata fahaman dan ideologi asing ini adakalanya berselindung di sebalik badan bukan kerajaan berkaitan alam sekitar, perubahan iklim dan sebagainya bagi mengaburi kegiatan sebenar mereka.

Mahdzir berkata pelajar tajaan MARA adalah duta kecil membawa nama Malaysia ke luar negara dan seharusnya mempersiapkan jati diri yang kuat selain motivasi diri tinggi untuk hidup di negara orang.

“Pelajar mesti pergi dengan jati diri dan keazaman tinggi, ingatan kuat pada negara dan ibu bapa, kenal asal usul dan bertekad untuk menamatkan pengajian.

“Berada di tempat orang kena ada ilmu survival dan semangat juga kena kuat, di samping cerdik dalam pengajian mereka juga perlu cerdik dalam kehidupan,” katanya.

Sebanyak 1,246 pelajar tajaan MARA melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana di luar negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Rusia dan India.

Kesemua mereka akan bergerak secara berperingkat mulai bulan depan.

Berita berkaitan
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
PRN: Mahfuz, Ahmad Said, Mahdzir kalah
August 12, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Popular
5,753 orang pengundi meninggal dunia masih belum dipotong nama
September 29, 2021
Bekas Setpol Salahuddin Ayub dilantik Pengerusi SSM baharu
March 13, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Jangan cabar umat Islam: Ridhuan Tee beri amaran isu ziarah gereja
March 16, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok