Pelajar Kafa duduki ujian dalam banjir

December 2, 2022 · Isu semasa

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan video yang dikongsi secara meluas menunjukkan sekumpulan pelajar menduduki ujian penilaian kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) di dalam bilik darjah yang dimasuki air berlaku di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di Kajang dua hari lalu.

Pengarahnya Norazam Khamis mengesahkan kejadian itu kepada FMT semalam dan mengakui sekolah agama itu terletak di kawasan rendah yang sering dilanda banjir kilat.

Beliau berkata, kejadian berlaku selepas paras air mula naik sekitar jam 4.30 petang Rabu (30 November 2022) berikutan hujan lebat di Kajang yang berlarutan lebih sejam.

“Banjir itu menjejaskan seramai 64 murid berusia 11 tahun yang menduduki UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) di bawah seliaan lapan guru,” katanya.

Norazam berkata keadaan banjir kilat dapat dikawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Tambahnya, air kemudiannya surut kira-kira jam 7 malam.

Norazam berkata, paras air sebelum ini mencecah 0.6 meter di kawasan sekitar sekolah itu.

Sementara itu, Harian Metro melaporkan, seorang ibu kepada murid yang terlibat dalam kejadian itu berkata, dia menjangkakan sekolah itu dinaiki air setiap kali hujan lebat.

“Ketika hujan lebat semalam, saya sudah menjangkakan sekolah akan dinaiki air seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

“Saya dapat tahu apabila video itu (banjir) dikongsi oleh seorang Ustazah dalam kumpulan WhatsApp sekolah,” kata Kartini Adris yang merupakan seorang suri rumah.

Kartini menjelaskan, anak perempuannya, Nur Humairah Nazri, 11 tahun, terpaksa menduduki ujian UPKK di dalam kelas yang dinaiki air.

“Betul, anak saya merupakan salah seorang murid yang terlibat dalam kejadian yang berlaku pada Rabu. Saya melihat video itu dalam kumpulan WhatsApp sekolah semasa dalam perjalanan pulang dari hospital,” katanya.

Terdahulu, Kartini yang juga seorang suri rumah memuat naik video kejadian itu di TikTok.

Video itu menunjukkan murid-murid menyelesaikan soalan ujian mereka apabila beberapa wanita, dipercayai guru sekolah, dilihat mengumpul kertas jawapan.

UPKK diadakan untuk menilai tahap murid-murid Darjah Lima dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Sivik Islam), Jawi dan Khat serta Asas Lughatul Quran.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
BNM dijangka naikkan OPR 25 mata asas lagi bulan depan
October 21, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok