Pelajar IPT dibenar kembali ke kampus

February 9, 2022 · Isu semasa

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dibenar kembali ke kampus secara berperingkat mulai 1 Mac dengan jumlah kemasukan 70 hingga 100 peratus mengikut kapasiti IPT masing-masing.

Kebenaran itu merangkumi semua pelajar dan kakitangan sama ada yang lengkap atau belum melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Bagaimanapun, individu yang belum lengkap divaksinasi perlu membuat ujian RT-PCR dengan keputusan negatif tiga hari sebelum kembali ke kampus masing-masing, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurutnya keputusan itu dibuat setelah Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 ke-12 semalam, yang memperhalusi cadangan daripada KPT berhubung kemasukan pelajar ke IPT, iaitu universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan IPT swasta

“Ujian pengesanan Covid-19 menggunakan kaedah RTK-Ag perlu dilakukan seminggu sekali bagi mereka yang tidak divaksinasi lengkap, mengikut Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Memetik Bernama, bagi pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu, Hishammuddin berkata hanya mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke Malaysia serta wajib menjalani tempoh kuarantin selama tujuh hari atau lima hari sekiranya telah mendapat dos penggalak.

Selain itu, katanya IPT perlu mempunyai kapasiti untuk menampung bilangan pelajar yang hadir secara fizikal dan sentiasa mematuhi SOP pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang ketat, manakala PdP secara hibrid dan/atau secara dalam talian juga dibenarkan kepada IPT.

Beliau berkata semua aktiviti sukan dan riadah juga perlu mematuhi SOP dikeluarkan oleh KKM dan pelajar yang pulang ke kampus wajib terus mematuhi SOP umum seperti memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan diri.

“Dalam setiap kelonggaran diberikan kerajaan, aspek keselamatan dan kesihatan rakyat termasuklah pelajar IPT tetap menjadi keutamaan. Sehubungan itu, kerajaan menyeru kepada semua pihak termasuk pentadbiran IPT, staf dan pelajar agar mematuhi SOP ditetapkan dengan penuh berdisiplin dan bertanggungjawab,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan COVID-19 KPT di talian 03-8870 6777/ 6949 / 6623 / 6628, layari laman web IPT atau terus hubungi Pegawai Penyelaras di IPT masing-masing.

Berita berkaitan
Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif
August 29, 2023· Politik
Lagi isu PMX dan pelajar : Tingkah laku Anwar memalukan
August 7, 2023· Politik
Cara Anwar jawab soalan pelajar dibidas Bersatu, gesa minta maaf
August 6, 2023· Politik
Gagal turun harga minyak, ada Anwar minta maaf kepada rakyat? soal Sanusi
July 12, 2023· Politik
Popular
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023
Ribuan peniaga diramal gulung tikar ekoran kenaikan harga bahan mentah: Laporan
September 20, 2023
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
September 20, 2023
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
September 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
5 jam lalu · Isu semasa
RM4 juta masuk akaun Najib dari syarikat berkait Jho Low: Saksi
5 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler Putrajaya: Pemandu direman empat hari
5 jam lalu · Isu semasa
Penagih dadah meningkat 27 peratus, kata AADK
8 jam lalu · Isu semasa
Kemalangan treler: Pekerja Pos Malaysia dan Mahkamah Ampang dikenal pasti maut
21 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
4 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok